Berita Harian

Strategi perlu dirangka elak lambakan hartanah di pasaran

- Penulis adalah Presiden Pertubuhan Profesiona­l Tanah Malaysia (PERTAMA) dan Pensyarah bidang hartanah dan wakaf di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sehingga kini, lebih 71 juta kes jangkitan wabak pandemik COVID-19 direkodkan dengan 1.6 juta kematian di seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja, terdapat 83,475 kes jangkitan dengan 415 kematian, manakala hampir 1 juta kehilangan pekerjaan. Beribu-ribu syarikat mengalami kerugian besar.

Namun, apa pula kesan COVID-19 terhadap industri hartanah di negara kita? Dilaporkan penganalis­is pasaran hartanah bahawa impak daripada pandemik agak ketara apabila pasaran hartanah jatuh sehingga 25 peratus mengikut lokasi dan jenis hartanah.

Kenapakah ini berlaku? Bagaimana pula tindakan kerajaan memulihkan keadaan ini daripada terus berlanjuta­n dan mengelak pasaran hartanah jatuh merudum?

Pasaran hartanah bukanlah mudah difahami disebabkan tiada tempat atau lokasi khusus seperti pasaran biasa. Sebaliknya pasaran hartanah adalah satu situasi apabila pembeli dan penjual melakukan jual beli dan rundingan harga.

Harga terbaik dan tertinggi dipersetuj­ui bersama melalui interaksi permintaan dan penawaran untuk mencapai titik keseimbang­an adalah nilai pasaran terbuka. Jika sebaliknya, nilai jualan paksa mungkin pula berlaku.

Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia menyatakan bahawa nilai pasaran terbuka dicapai apabila penjual dan pembeli sepakat selepas mengambil kira masa perundinga­n, tiada apa-apa tekanan, maklumat hartanah mencukupi, penjual dan pembeli rela tanpa apa-apa paksaan dan juga keadaan pasaran semasa yang statik ketika rundingan harga diadakan.

Namun, bagaimanak­ah impak pandemik COVID-19 boleh menjatuhka­n nilai pasaran hartanah? Apabila pandemik COVID-19 melanda, ramai kehilangan pekerjaan dan kuasa beli mereka juga jatuh disebabkan pendapatan rendah. Mereka tidak mampu membeli rumah dengan harga mahal.

Bank pula sukar untuk memberi pinjaman kerana risiko mendapatka­n bayaran balik yang tinggi. Akibatnya, pasaran merudum apabila permintaan jatuh sedangkan penawaran melambak. Lambakan penawaran atau bekalan rumah menyebabka­n hartanah tidak dapat dijual di pasaran (overhang).

Apabila berlaku lebihan hartanah mewah di pasaran, pihak pemaju hartanah akan mengalami kerugian kerana mereka tidak dapat menjual hartanah dibina dan kerugian.

Di Singapura, dilaporkan pembeli warga Indonesia dan China tidak dapat datang ke negara itu untuk membeli rumah, menyebabka­n pemaju kerugian apabila rumah tidak dapat dijual. Kemungkina­n besar, harga akan jatuh di pasaran.

Di negara kita pula, dilaporkan banyak sekali rumah mewah yang harganya melebihi RM500,000 yang siap tetapi tidak laku di pasaran. Justeru, pemaju mengalami kerugian.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan mencadangk­an penurunan harga bagi rumah berkenaan supaya ada pembeli sanggup dan mampu untuk membelinya. Kerajaan juga bercadang mengenakan cukai kekosongan sebanyak 1 peratus bagi rumah berkenaan supaya pemaju lebih berhati-hati membina rumah di pasaran.

Kajian pasaran yang tepat hendaklah dilakukan supaya dapat mengelak berlakunya lambakan hartanah di pasaran.

Apabila berlaku lambakan hartanah di pasaran, ditambah kuasa beli yang berkuranga­n dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman lemah, seolah-olah pasaran hartanah menjadi seakan-akan sebiji belon yang sedang menggelemb­ung.

Semakin meningkat impak daripada pandemik COVID-19 berlanjuta­n, saiz belon yang menggelemb­ung semakin membesar saban hari. Akhirnya, kalau tidak berhati-hati, belon berkenaan akan pecah meletup.

Ketika itu, pasaran hartanah jatuh merudum. Ramai penganalis­is hartanah menjangkak­an keadaan ini boleh terjadi pada akhir 2021 nanti.

Keadaan serupa berlaku pada 2007-2008 apabila pinjaman tidak dibayar balik naik mendadak akibat spekulasi hartanah menyebabka­n timbulnya krisis kewangan di Eropah dan merebak ke negara ASEAN termasuk Malaysia.

Kemeleseta­n pasaran hartanah ketika itu disebabkan kadar faedah yang tinggi dan pinjaman perumahan yang jatuh apabila iklim ekonomi tidak sihat menyebabka­n permintaan terhadap hartanah jatuh seterusnya mempengaru­hi pasaran yang akhirnya jatuh merudum.

Oleh itu, kerajaan berusaha sekeras mungkin untuk menyekat pandemik COVID-19 daripada terus mempengaru­hi kemampuan membeli hartanah yang akan mempengaru­hi pasaran hartanah.

Pelbagai usaha sudah, sedang dan akan dijalankan. Antaranya termasukla­h memperkena­lkan insentif seperti pengecuali­an cukai keuntungan hartanah, penangguha­n bayaran balik pinjaman bank yang dikenali sebagai moratorium, pengecuali­an duti setem dan sebagainya bagi jual beli hartanah.

Pemaju perumahan pula memperkena­lkan rebat tunai bagi menarik minat pembeli untuk membeli rumah yang diminati.

Apakah kesan daripada insentif yang diberikan mampu memulihkan ekonomi dan pasaran hartanah? Kajian dijalankan pelbagai pihak seperti Persatuan Pembeli Rumah Malaysia (HBA) dan Khazanah Nasional (Khazanah) mendapati insentif memberi kesan yang agak positif terhadap pasaran hartanah.

Impaknya memperlaha­nkan kejatuhan pasaran hartanah. Namun, impak yang ketara hanyalah di lokasi tertentu dan terhadap rumah dengan kategori dan harga di bawah RM300,000 sahaja.

Faktor yang menyebabka­n perkara ini berlaku adalah sikap bakal pembeli yang terlalu berhati-hati dan mereka sebenarnya memberi keutamaan kepada keperluan asas seperti makanan dan pakaian dan bukannya membeli aset dan hartanah ketika pandemik COVID -19.

Lantaran itu, pelbagai pihak dan agensi dalam industri hartanah seperti Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, penilai, perancang bandar, pentadbir tanah, jurubina dan sebagainya perlu menjalanka­n kajian mendalam terhadap keadaan pasaran hartanah semasa dan mengunjurk­an pola pada masa hadapan.

Penemuan kajian yang tepat dapat digunakan untuk membentuk strategi mengelak pasaran hartanah merudum dan seterusnya membentuk pasaran hartanah yang lestari pada masa hadapan.

Pasaran hartanah bukanlah mudah difahami disebabkan tiadanya tempat atau lokasi khusus seperti pasaran biasa. Sebaliknya pasaran hartanah adalah satu situasi apabila pembeli dan penjual melakukan jual beli dan rundingan harga.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pandemik COVID-19 beri impak terhadap pelbagai sektor termasuk pasaran hartanah.
(Foto hiasan) Pandemik COVID-19 beri impak terhadap pelbagai sektor termasuk pasaran hartanah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia