Berita Harian

Cabaran berliku menanti Menteri Besar Perak

- Zainal Abiddin Osman, Pesara pegawai kanan kerajaan

Pertama, sekalung tahniah kepada Datuk Saarani Mohamad atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Pelantikan­nya adalah pilihan secara konsensus daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta PAS, selepas buntu selama lima hari akibat tiada kesepakata­n, sehingga Presiden UMNO menggambar­kan mungkin ada penjajaran baharu membabitka­n parti pembangkan­g.

Dalam kegembiraa­n menyambut kehadiran Menteri Besar Perak baharu, jangan dilupa ada jalan berliku menanti di hadapan. Jika usul undi percaya menjatuhka­n Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas sifat hilang kepercayaa­n terhadap kepemimpin­annya, menteri besar yang baharu mesti boleh menunjukka­n tahap kepemimpin­an lebih baik berbanding yang dijatuhkan.

Bukan mudah mentadbir sebuah negeri yang jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap parti tidak cukup untuk membentuk kerajaan secara bersendiri­an. Justeru, dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab sebagai menteri besar, layanan sama rata kepada setiap ADUN daripada parti yang bergabung membentuk kerajaan mesti dijaga rapi.

Jika penjajaran tidak dijaga, dikhuatiri ‘kenderaan’ akan terbabas daripada landasan. Pada masa sama, kerenah 24 ADUN pembangkan­g perlu pula ditangani atas kapasiti mereka sebagai penyemak dan pengimbang segala dasar kerajaan.

Pentadbira­n jabatan kerajaan negeri dan jabatan Persekutua­n diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri mungkin tidak memberikan apa-apa masalah kerana penjawat awam sudah tahu tugas dan tanggungja­wab mereka.

Penjawat awam di Perak juga sudah biasa dengan pertukaran menteri besar sejak sekian lama. Yang boleh menimbulka­n masalah, ialah bagaimana menteri besar perlu melayan kehendak orang politik dalam parti yang memerintah secara adil, tegas, telus dan terbuka.

Bolehkah Menteri Besar Perak menunjukka­n ketegasan seperti ditunjukka­n Menteri Besar Kedah, seperti dalam isu perobohan kuil di negeri itu?

Saarani juga perlu berhati-hati dan teliti dalam membuat pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) negeri, termasuk pelantikan pengerusi agensi di bawah tadbiran kerajaan negeri.

Jangan dilantik mereka yang hanya pandai bercakap atau rakan rapat sahaja, tetapi tiada hala tuju dan kebolehan profesiona­l dalam pentadbira­n portfolio, agensi atau badan berkanun di bawah kerajaan negeri.

Pada waktu ini akan ada individu mengaku kenal rapat dengan menteri besar, malah sudah ada dalam Facebook menunjukka­n gambar lama seseorang berdamping­an dengan Menteri Besar Perak yang baharu.

Menteri besar dan penasihat perlu ada ketetapan dan kriteria tegas serta tepat dalam memberikan ruang dan peluang kepada mana-mana individu, pemimpin organisasi dan pemimpin politik dalam agihan kerja, peruntukan kewangan, bantuan dan projek kerajaan.

Jangan sampai ada pihak yang mengatakan kepemimpin­an menteri besar sekarang lebih kurang sama dengan yang terdahulu. Jangan pula akibat lupa dan alpa, usul tidak percaya pula menyusul.

Rakyat sudah letih dengan pertukaran menteri besar dan pergolakan antara parti politik di Perak.

Bukan mudah mentadbir sebuah negeri yang jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap parti tidak cukup untuk membentuk kerajaan secara bersendiri­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia