Berita Harian

Pelanconga­n pacu pembanguna­n desa

- Anisa Abdullah, Pusat Kecemerlan­gan dan Kepimpinan Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)

Berikutan pandemik COVID-19, sektor pelanconga­n global terjejas teruk sehingga menyumbang kejatuhan ekonomi dan kehilangan peluang pekerjaan.

Menurut Pertubuhan Pelanconga­n Dunia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO), sektor pelanconga­n memberi peluang pekerjaan kepada satu daripada 10 orang di dunia. Akibat wabak, 100 hingga 120 juta pekerjaan dalam sektor berkenaan terkesan secara langsung.

Belia dalam komuniti luar bandar tiga kali lebih cenderung menganggur berbanding orang dewasa yang lebih tua. Dengan adanya sektor pelanconga­n, belia berpeluang mencari rezeki tanpa perlu berpindah dari tempat asal mereka.

Oleh itu, pelanconga­n mampu mendorong pemulihan ekonomi dengan baik serta menjana lebih banyak pekerjaan di luar bandar. Ini sejajar tema sambutan Hari Pelanconga­n Dunia tahun ini yang memberi tumpuan kepada ‘Pelanconga­n dan Pembanguna­n Luar Bandar’.

Tema ini menyambut baik peranan pelanconga­n dalam mewujudkan peluang pekerjaan bagi wanita dan belia di luar bandar, di samping membantu pemelihara­an keunikan budaya dan warisan negara.

Komuniti luar bandar kurang bersedia menangani kesan krisis jangka pendek atau jangka panjang. Ini didorong faktor seperti populasi yang semakin tua, jurang ekonomi besar serta tahap pendapatan lebih rendah.

Pada 2050, dianggarka­n 68 peratus populasi dunia akan tinggal di kawasan bandar, manakala 80 peratus populasi itu hidup di luar bandar dalam kadar kemiskinan serius.

Dalam konteks ini, pembanguna­n luar bandar cukup signifikan dalam meningkatk­an taraf hidup serta memperkasa komuniti tempatan supaya jurang kaya miskin mampu ditangani.

Penularan COVID-19 membuka mata dunia supaya meneliti semula masa depan sektor pelanconga­n dan bagaimana ia akan menyumbang kepada tujuan pembanguna­n lestari melalui nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi dunia.

Jika kerajaan mempunyai langkah drastik dan efektif, sektor pelanconga­n akan pulih seperti sedia kala.

 ??  ?? Sektor pelanconga­n bantu tingkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.
Sektor pelanconga­n bantu tingkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia