Berita Harian

AMANAH belum dapat berita, masih tunggu perkembang­an

-

Seremban: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata beliau sedang menantikan perkembang­an mengenai dakwaan bahawa ada 113 akuan bersumpah (SD) yang menyokong Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau belum mendapat sebarang berita dan masih menunggu perkembang­an lanjut mengenai perkara itu.

“Saya sedang menunggu seperti orang lain menunggu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Negeri Sembilan Kali Kelima, di Dewan Cattleya Senawang, dekat sini, semalam.

Dalam laporan beberapa media semalam, Anwar yang juga Presiden PKR dikatakan akan menghadap Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sekali lagi untuk mengemukak­an bukti bahawa beliau kini mempunyai jumlah 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Dalam perkembang­an lain, Mohamad berkata, AMANAH belum membincang­kan isu pengagihan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ditanya mengenai pergolakan yang sedang berlaku dalam AMANAH Negeri Sembilan, beliau berkata ia adalah perkara biasa dalam sesebuah parti politik.

“Pergolakan dalam parti, AMANAH akan cari jalan terbaik untuk berbincang dan mencari jalan penyelesai­an.

“Ini proses ini biasa, semua parti menghadapi benda ini dan saya yakin AMANAH akan jadi lebih kuat,” katanya.

Semalam dilaporkan enam daripada lapan Ketua Kawasan AMANAH di negeri Sembilan membantah konvensyen itu sehingga kepemimpin­an tertinggi negeri itu dirombak seperti diputuskan pada peringkat pusat.

Saya sedang menantikan perkembang­an mengenai dakwaan bahawa ada 113 akuan bersumpah (SD) yang menyokong Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Mohamad Sabu, Presiden AMANAH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia