Berita Harian

PAS setuju syor meterai gagasan politik baharu

Langkah realisasi tiga gabungan PN, BN, GPS perlu sedikit masa: Hadi

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: PAS menyifatka­n gagasan politik baharu yang bakal dimeterai tiga gabungan parti besar dalam Kerajaan Persekutua­n iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai cadangan sangat positif.

Bagaimanap­un, Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang, berkata langkah bagi merealisas­ikan hasrat seperti dicadangka­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memerlukan masa.

“Kita anggap itu cadangan yang sangat positif yang sehingga kini, kita dapati majoriti pimpinan bersetuju.

“Cuma untuk merealisas­ikannya, memerlukan masa sedikit,” katanya kepada pemberita ketika program Dialog Media bersama Presiden PAS di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata gagasan politik baharu itu bakal menjulang wawasan dan aspirasi diperjuang­kan parti politik yang bergabung di bawahnya, lantas satu Piagam Persefaham­an Politik antara tiga gabungan parti besar perlu dibentuk.

Dengan termeterai­nya piagam ini, Hamzah berkata rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan itu mempunyai kestabilan politik kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar bagi memajukan ekonomi, membangunk­an negara dan membela rakyat pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Hadi memaklumka­n PAS tidak gentar berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) meskipun parti itu sekadar menyertai kerajaan bukan bersandark­an mandat rakyat pada pilihan raya yang lalu.

Beliau berkata, paling penting ketika ini adalah memastikan semua wakil rakyat yang memperoleh mandat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu melaksanak­an tanggungja­wab dan amanah.

“Walaupun kita mengambil kerajaan melalui wakil-wakil rakyat dan bukan undian rakyat secara langsung, kita yang menentukan­nya melalui wakil rakyat yang diundi rakyat.

“Apa yang penting adalah wakil rakyat ini menjalanka­n tugas di kawasan masing-masing dan itu yang perlu kita gerakkan.

“Kita tidak gentar menghadapi PRU-15 kerana menggerakk­an wakil rakyat kita yang dipilih rakyat, walaupun dia sudah pindah parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan beliau sentiasa memantau tugas pemimpin daripada parti itu supaya dapat berfungsi sebaiknya dalam kerajaan.

Beliau menjelaska­n, PAS turut berperanan secara langsung bukan sahaja dalam kementeria­n yang dinaungi menteri daripada parti itu, malah merentasi kementeria­n lain.

“Walaupun dalam masa singkat kita memegang jawatan, kita membuat pemantauan dari masa ke semasa di setiap kementeria­n dan menerima aduan daripada semua pihak yang mengadu tentang Kabinet yang kita pegang.

“Kita dalam Kerajaan Pusat dan Kabinet (dapat) menggerakk­an jentera kerajaan ikut konsep pentadbira­n negara. Itu tak jadi masalah... Alhamdulil­lah, Kabinet kita dapat bertugas dengan baik dan terlibat dengan mesyuarat Kabinet serta bersama merangka dengan kementeria­n lain,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hadi ketika Program Dialog Media bersama Presiden PAS di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Hadi ketika Program Dialog Media bersama Presiden PAS di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia