Berita Harian

RUU Perbekalan baki 5 lagi kementeria­n dijangka lulus

Kepentinga­n rakyat tetap jadi keutamaan Ahli Parlimen blok kerajaan, pembangkan­g

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Minggu terakhir Persidanga­n Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bermula hari ini amat ditunggu-tunggu bagi melihat sama ada Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan untuk bacaan kali ketiga yang dijadualka­n Rabu ini.

Selepas mengharung­i pelbagai episod di dalam dan luar dewan selain perkembang­an semasa tanah air kebelakang­an ini, Belanjawan 2021 diluluskan dengan undian suara majoriti peringkat dasar pada 26 November lalu selepas dibentangk­an oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 6 November lalu.

Pada peringkat jawatankua­sa, walaupun blok pembangkan­g acap kali membangkit­kan undian belah bahagian, setakat ini 22 kementeria­n sudah melepasi ujian itu di Dewan Rakyat dengan sebahagian besarnya menerusi undian suara majoriti.

Lapan kementeria­n diluluskan menerusi undian belah bahagian setakat ini, iaitu Kementeria­n Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Pengangkut­an, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Tiga lagi adalah Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) serta Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC).

Hari ini, tiga lagi kementeria­n akan melalui perbahasan peringkat jawatankua­sa iaitu Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Kementeria­n Pertahanan dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), manakala Kementeria­n Pendidikan serta Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dijadualka­n esok.

Pensyarah Kanan Pengajian Politik di Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali, yakin RUU Perbekalan 2021 bagi baki lima kementeria­n akan diluluskan sama ada melalui undian suara majoriti atau belah bahagian.

Berdasarka­n pemerhatia­n sepanjang perbahasan dan sesi undian 22 kementeria­n sebelum ini, katanya, blok pembangkan­g dilihat tidak sependapat ketika mengundi.

“Ada juga pandangan individu (Ahli Parlimen pembangkan­g) kerana belanjawan ini adalah masalah rakyat serta negara, jadi tidak perlu terlalu dipolemikk­an.

“Atas dasar itu, saya yakin baki lima kementeria­n akan berjalan lancar dan tidak berlaku penolakan ketara, manakala dalam kalangan blok kerajaan, saya rasa tidak akan ada masalah,” katanya.

Walaupun berbeza pendapat di dewan, beliau berkata, rata-rata Ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan mahu pun pembangkan­g tetap menjadikan kepentinga­n rakyat sebagai agenda utama ke arah meluluskan Belanjawan 2021, terutama ketika negara berdepan ancaman COVID-19.

Berdasarka­n Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, isu memulihkan aliran tunai dan hutang korporat FELDA antara menjadi tumpuan pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Soalan itu dibangkitk­an oleh Datuk Ahmad Nazlan Idris (Bn-jerantut) kepada Perdana Menteri.

Selain isu FELDA, perbezaan status kemajuan projek Lebuh Raya Pan Borneo antara Sabah dan Sarawak turut ditimbulka­n pada sesi berkenaan.

Soalan itu ditanya oleh Chan Foong Hin (Ph-kota Kinabalu)

Ada juga pandangan individu (Ahli Parlimen pembangkan­g) kerana belanjawan ini adalah masalah rakyat serta negara, jadi tidak perlu terlalu dipolemikk­an.

Mazlan Ali,

Pensyarah Kanan Pengajian Politik di Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur

yang meminta Menteri Kanan (Kerja Raya) menyatakan sebab kenapa projek berkenaan hanya mencapai kemajuan antara 18 hingga 20 peratus di Sabah berbanding 50 peratus di Sarawak setakat September lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia