Berita Harian

Reman 10 remaja disyaki rogol disambung

-

Chukai: Perintah reman terhadap 10 remaja yang dipercayai merogol budak perempuan berusia 12 tahun, Ahad lalu, disambung empat hari bermula hari ini.

Semua suspek yang dipercayai merogol gadis terbabit di dua rumah berasingan di Kemaman, Terengganu dibawa ke Mahkamah Sesyen Kemaman, semalam untuk disambung reman.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali membenarka­n sambungan reman yang diminta polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Semua suspek berusia antara 13 hingga 19 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.24 pagi dengan diiringi anggota polis serta turut dihadiri ahli keluarga masing-masing.

Sebelum itu, semua suspek direman lima hari bermula Rabu hingga semalam, namun polis meminta lanjutan reman bagi melengkapk­an kertas siasatan.

Dalam kejadian pada 6 Disember hingga awal pagi 7 Disember, mangsa yang juga murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman mendakwa dirogol 10 lelaki, termasuk seorang kenalannya.

Mangsa dikatakan baru dua hari mengenali rakannya itu menerusi Whatsapp. Selepas dua hari tidak pulang rumah, mangsa menceritak­an kejadian itu kepada ahli keluargany­a.

Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian berkenaan kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superinten­dan Hanyan Ramlan sebelum ini dilaporkan berkata, budak perempuan itu mendakwa dirogol 10 remaja berusia dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun di dua rumah berasingan antara jam 4 petang, pada Ahad dan jam 3 pagi Isnin lalu.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaa­n dan hasil pemeriksaa­n doktor mengesahka­n ada kesan koyakan pada alat sulit mangsa.

Remaja yang disyaki merogol

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Kemaman, semalam. budak 12 tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen
(Foto Rosli Ilham/bh) Kemaman, semalam. budak 12 tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen
 ??  ?? Keratan BH
18 November lalu.
Keratan BH 18 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia