Berita Harian

MAQIS minta tambah kakitangan

467 penguat kuasa tak cukup kawal 57 pintu masuk

-

Iskandar Puteri: Pembongkar­an kes kartel yang menyeludup masuk daging sejuk beku ke Malaysia baru-baru ini memperliha­tkan terdapat keperluan mendesak untuk menambah anggota Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) di semua pintu masuk negara.

Timbalan Ketua Pengarah MAQIS, Dr Azhari Sharidah Abu Bakar, berkata hal ini disebabkan jabatan itu hanya mempunyai 467 anggota untuk mengawal 57 pintu masuk di Semenanjun­g.

Beliau berkata, pemeriksaa­n di Sabah dan Sarawak pula terletak di bawah agensi berkaitan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.

“Ketika ini, kami memang menghadapi masalah sebab tidak ramai pegawai untuk memeriksa barangan di pintu masuk.

“Kami ada memohon pertambaha­n lebih 100 penjawatan baharu tahun lalu, namun hanya 82 diluluskan dan ini masih tidak cukup,” katanya pada sidang akhbar sempena program lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah ke pejabat MAQIS di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini, malam kelmarin.

Pada 2 Disember lalu, media melaporkan terdapat sindiket yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum dibungkus semula dengan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor Bahru.

Susulan pembongkar­an itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMMNJ) mendesak kerajaan menyiasat secara bersepadu kartel yang terbabit dalam penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkus­an semula daging sejuk beku import untuk dijual ke pasaran negara.

Mengulas lanjut mengenai kekurangan anggota, Dr Azhari Sharidah berkata, di Pelabuhan Klang contohnya, hanya 24 anggota ditugaskan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n secara manual terhadap 400 kontena sehari dan jumlah ini jelas tidak mencukupi.

“Pertambaha­n anggota lebih penting kerana pemeriksaa­n kami ketika ini tertumpu kepada barangan import yang membabitka­n penggunaan kontena sejuk beku seperti daging dan ikan.

“Ini berikutan produk terbabit diklasifik­asikan barangan berisiko tinggi, terutama daging kerana produk itu hanya boleh diimport dari loji pemprosesa­n yang mendapat kelulusan Jabatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumka­n pihaknya sudah mengeluark­an kompaun mencecah RM3 juta atas lebih 700 kesalahan sejak Januari hingga November lalu dengan kesalahan paling tinggi membabitka­n barangan import tanpa permit. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad bersama Dr Azhari Sharidah (kanan) melihat anggota MAQIS melakukan pemeriksaa­n ke atas lori yang membawa muatan buah-buahan di pintu masuk eksport di KSAB Tanjung Kupang, Gelang Patah, malam kelmarin.
(Foto BERNAMA) Ahmad bersama Dr Azhari Sharidah (kanan) melihat anggota MAQIS melakukan pemeriksaa­n ke atas lori yang membawa muatan buah-buahan di pintu masuk eksport di KSAB Tanjung Kupang, Gelang Patah, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia