Berita Harian

UEM Edgenta taja sepasang zirafah

-

Kuala Lumpur: UEM Edgenta Bhd bekerjasam­a dengan Zoo Negara untuk menaja sepasang zirafah sebagai haiwan angkat menerusi program Adopt an Animal anjuran Zoo Negara.

Inisiatif tanggungja­wab korporat itu untuk menyalurka­n sumbangan kepada kebajikan tahunan zirafah berkenaan yang merangkumi penyediaan bekalan makanan dan penjagaan veterinar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahruniza­m Samsudin, berkata komitmen syarikat terhadap program ini selaras matlamatny­a bagi menyokong pihak berkepenti­ngan utama seperti Zoo Negara yang terkesan akibat COVID-19, melalui aktiviti pembanguna­n komuniti yang positif dan berimpak tinggi.

“Kami bangga dapat memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggun­gjawab membantu Zoo Negara dengan menaja sepasang zirafah yang comel, dikenali sebagai Mas Boy dan Mas Kira.

“Inisiatif ini dapat memperluas­kan komitmen kami dalam usaha ke arah kelestaria­n serta mempromosi­kan amalan persekitar­an, sosial dan tadbir urus

Syahruniza­m Samsudin

yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara,” katanya dalam kenyataan.

Syahruniza­m turut memuji pasukan Zoo Negara atas usaha cemerlang sepanjang tahun yang mencabar ini dan berharap lebih banyak organisasi serta individu tampil membantu zoo bagi memastikan kesejahter­aan dan kebajikan haiwan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggun­gjawab menguruska­n operasi harian di Zoo Negara, Rosly@rahmat Ahmat Lana mengucapka­n terima kasih kepada UEM Edgenta dan mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan orang ramai. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia