Berita Harian

50 tahun Sungai Kenjor dicemari najis babi

Kumbahan dari ladang ternakan dipercayai punca air berbau

- Oleh Rosman Shamsudin bhnews@bh.com.com.my

Bidor: Walaupun sudah 50 tahun berlarutan, masalah pencemaran najis babi di Sungai Kenjor di Kampung Kuala Gepai, di sini, masih berterusan seolah-olah tiada kesudahann­ya.

Pencemaran di sungai itu dipercayai berpunca dari ladang ternakan babi berhampira­n kampung berkenaan.

Penduduk Kampung Kuala Gepai, Ramli Ibrahim, 69, berkata sejak beliau kanak-kanak lagi, ladang ternakan itu sudah ada di kampung terbabit.

Beliau mendakwa, di tepi jalan di kampung itu terdapat saluran paip yang dibina dari ladang ternakan babi melalui anak sungai menuju ke Sungai Kenjor.

“Kumbahan yang dilepaskan ke dalam sungai menyebabka­n airnya menjadi kehitaman, malah bau juga amat meloyakan.

“Lebih mendukacit­akan terdapat ratusan beg berisi najis babi dilonggokk­an di pangkal pokok kelapa sawit yang ditanam di tepi sungai itu,” katanya ketika ditemui.

Tinjauan BH mendapati, banyak longgokan beg najis babi diletakkan di kawasan ladang sawit berkenaan.

Walaupun memakai pelitup muka, bau di situ amat busuk sehingga menusuk ke hidung.

Sementara itu, Abdul Aziz Mokhtar, 50, pula berkata masalah pencemaran sungai di kampung itu bukan perkara baharu yang menghantui penduduk kampung.

“Masalah ini sudah diajukan kepada pemimpin setempat dan pihak berkuasa tempatan (PBT), namun sehingga kini belum ada jalan penyelesai­an.

“Kami bukan mahu menutup periuk nasi orang untuk mencari rezeki, tetapi biar apa yang dilakukan tidak menyusahka­n orang lain dan carilah kaedah terbaik untuk kebaikan semua.

“Saya dan penduduk amat berharap masalah ini dapat diselesaik­an segera kerana jika dibiarkan, lama-kelamaan sungai itu akan terus tercemar,” katanya.

 ?? (Foto Rosman Shamsudin/bh) ?? Saluran paip (gambar kecil) dipercayai dari ladang ternakan babi digunakan untuk membuang sisa kumbahan menjadi punca pencemaran Sungai Kenjor di Kampung Kuala Gepai, Bidor.
(Foto Rosman Shamsudin/bh) Saluran paip (gambar kecil) dipercayai dari ladang ternakan babi digunakan untuk membuang sisa kumbahan menjadi punca pencemaran Sungai Kenjor di Kampung Kuala Gepai, Bidor.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia