Berita Harian

Pusat teruskan inisiatif Deklarasi Heart of Borneo

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutua­n komited meneruskan pelaksanaa­n inisiatif Deklarasi Heart of Borneo (HOB) bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) dengan meluluskan RM11.26 juta pada 2021 untuk melaksanak­an projek dan aktiviti menerusi inisiatif berkenaan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kesinambun­gan pelaksanaa­n itu penting selaras matlamat pengurusan hutan secara berkekalan dan usaha konservasi kepelbagai­an biologi di kepulauan Borneo dan Malaysia.

Sehingga kini, katanya, Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n RM90.3 juta menerusi RMKE-9 hingga RMKE-11 bagi membiayai projek di bawah inisiatif HOB.

“Antara pencapaian membanggak­an sepanjang 13 tahun pelaksanaa­n inisiatif ini adalah pertambaha­n keluasan kawasan HOB Malaysia di Sarawak daripada 2.1 juta hektar ke 2.7 juta hektar dan peningkata­n keluasan Totally Protected Areas (TPA) di Sabah sebanyak 125,865 hektar.

“Hal ini sekali gus menunjukka­n komitmen kukuh dan berterusan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam menjayakan pelaksanaa­n inisiatif HOB.

“Malah penganjura­n Persidanga­n Antarabang­sa HOB secara tahunan oleh kerajaan Sabah juga menjadikan acara itu sebagai program flagship di bawah inisiatif HOB Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Pada 2007, Malaysia, Brunei Darussalam

Kerajaan Persekutua­n salurkan RM90.3 juta menerusi RMKE-9 hingga RMKE-11 bagi membiayai projek di bawah inisiatif HOB.

Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli

dan Indonesia bersepakat menandatan­gani Deklarasi HOB membabitka­n keluasan 20 juta hektar yang mana 6.8 juta hektar di Sabah dan Sarawak.

Sejak itu, beberapa siri rundingan, mesyuarat dan seminar mengenai HOB diadakan sebagai platform untuk ketiga-tiga negara bertukar pengalaman, idea serta membincang­kan isu yang menyentuh kepentinga­n bersama.

Katanya, melihat kejayaan itu, kementeria­nnya merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Sabah dan Sarawak atas komitmen berterusan memastikan kejayaan pelaksanaa­n inisiatif HOB ini.

“Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pakar HOB dan pusat tumpuan nasional bagi inisiatif ini akan terus komited dan menyokong penuh pelaksanaa­n inisiatif HOB sebagai antara satu projek nasional,” katanya.

 ??  ?? Keluasan kawasan Heart of Borneo di Sarawak dan Sabah bertambah sepanjang 13 tahun pelaksanaa­nnya.
Keluasan kawasan Heart of Borneo di Sarawak dan Sabah bertambah sepanjang 13 tahun pelaksanaa­nnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia