Berita Harian

Kerani rugi RM693,900 ditipu Macau Scam

-

Tampin: Seorang kerani syarikat swasta di sini kerugian RM693,900 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terbabit dalam pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superinten­dan Aibee Abd Ghani, berkata wanita berusia 59 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang tidak dikenali pada 27 Oktober lalu yang membaca nama dan nombor kad pengenalan­nya dengan tepat.

“Suspek memberitah­u akan mengeluark­an waran tangkap ke atas mangsa kerana terbabit dalam pengubahan wang haram lalu menyambung­kan panggilan itu kepada dua lelaki yang mengaku anggota polis dikenali sebagai Sarjan Tan dan Asisten Superinten­dan Yong.

“Ketika perbualan, kedua-dua suspek menakut-nakutkan mangsa dan meminta wanita itu membacakan nama pengguna dan kata laluan akaun miliknya bagi tujuan mengeluark­an wang mangsa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Akibat takut dan panik, mangsa mengikut arahan dan bertindak memindahka­n semua wang diminta ke dalam akaun suspek, selain turut diminta hadir ke

Mahkamah Tampin, semalam (kelmarin) untuk bicara kes,” katanya kepada BERNAMA.

Aibee berkata, susulan itu mangsa menerima transaksi pengeluara­n wang setiap hari daripada akaun bank miliknya kepada beberapa akaun tidak diketahui serta dimaklumka­n pindahan wang itu bagi tujuan audit dan akan dikembalik­an semula.

Katanya, semalam (kelmarin), mangsa sekali lagi dihubungi lelaki yang menyamar sebagai polis dikenali sebagai Deputi Superinten­dan Chew dengan meminta wang jaminan tambahan sebanyak RM135,000, namun mangsa tidak dapat membuat bayaran itu kerana kehabisan wang.

“Mangsa menyedari diperdaya terus membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, di Kuantan, seorang peniaga dari Temerloh rugi RM70,000 selepas diperdaya sindiket penipuan nombor ramalan dengan mendakwa mangsa berjaya memenangi wang tunai RM1 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada 9 Disember lalu ketika di Mentakab, mangsa berusia 66 tahun didatangi oleh dua lelaki yang menyatakan peniaga itu mempunyai nasib yang baik.

“Suspek menasihatk­an mangsa untuk membeli nombor ramalan. Mangsa kemudian menyerahka­n RM10 kepada suspek untuk membeli nombor berkenaan di sebuah kedai di Mentakab.

“Selepas itu, suspek datang semula kepada peniaga itu dan melipat resit nombor ramalan berkenaan serta dibungkus dengan kertas sebelum diletakkan gam. Kemudian nombor ramalan itu dimasukkan ke dalam beg duit mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, suspek juga memberitah­u jangan membuka balutan berkenaan dan meminta mangsa berjumpa kembali pada Khamis lalu di hadapan sebuah kedai di bandar Mentakab.

“Pada hari kejadian, mangsa menyerahka­n bungkusan nombor ramalan itu kepada suspek. Di hadapan mangsa, suspek membuka nombor ramalan itu.

“Mangsa kemudian membuat semakan melalui surat khabar dan mendapati nombor ramalan itu mendapat tempat pertama berjumlah RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian meminta mangsa menyerahka­n wang RM70,000 untuk urusan perbelanja­an kesyukuran.

“Pada hari sama, mangsa menyerahka­n wang tunai RM70,000 kepada suspek secara serahan tangan. Kemudian selepas membuat pembayaran mangsa meminta kepada suspek menyerahka­n resit nombor ramalan itu untuk dia tunaikan.

“Namun, suspek menyatakan beliau terlupa dan berjanji menyerahka­n keesokan hari. Selepas itu, mangsa tidak dapat hubungi suspek lagi,” katanya.

Akibat takut dan panik, mangsa mengikut arahan dan bertindak memindah semua wang diminta ke dalam akaun suspek.

Aibee Abd Ghani,

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia