Berita Harian

Penjenayah warga asing diusir, disenarai hitam

-

Kuala lumpur: Warga asing yang didapati terbabit dan disabitkan kesalahan kegiatan jenayah akan dilarang masuk ke negara ini untuk selama-lamanya, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata, warga asing terbabit akan diusir dan disenaraih­itamkan selepas mereka menjalani hukuman di negara ini.

“Selepas mereka menjalani hukuman penjara akibat kesalahan jenayah, mereka akan diusir dan disenaraik­an sebagai imigran larangan daripada memasuki Malaysia.

“Itulah keputusann­ya untuk semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen (1959) tanpa mengira jenis pas yang dimiliki,” katanya.

Turut senada dengan Khairul Dzaimee ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang berkata langkah mengisytih­arkan penjenayah warga asing sebagai ‘dilarang masuk ke negara ini untuk selama-lamanya’ adalah antara cara berkesan bagi mengekang kegiatan jenayah terutama sindiket Macau Scam.

“Sindiket Macau Scam di negara ini semakin berleluasa dengan ramai mangsa tertipu membabitka­n kerugian jutaan ringgit yang dilakukan warga China.

“Baru-baru ini, saya ada berbincang dengan beliau (Khairul Dzaimee) berhubung perkara ini dan kuasa untuk mengisytih­arkan ‘dilarang masuk ke negara ini untuk selama-lamanya’ terletak kepada Imigresen untuk melaksanak­annya,” katanya ketika kunjungan hormat ke pejabat beliau di Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata warga China paling takut disenarai hitam dan dilarang memasuki Malaysia kerana mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan kegiatan jenayah, malah bakal berdepan hukuman berat di negara asal.

BERNAMA

Khairul Dzaimee Daud

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia