Berita Harian

Tuai rezeki musim tengkujuh

Penoreh tak menang tangan layan pelanggan, jual ikan darat hingga 300kg sehari

- Oleh Syaherah Mustafa bhnews@bh.com.my

Pasir Mas: Tidak dapat menoreh sepanjang musim tengkujuh bukan penghalang bagi Nazita Hamat untuk mencari rezeki dengan menjual ‘ikan darat’ atau ikan air tawar hingga 300 kilogram (kg) sehari.

Nazita, 48, yang berniaga ikan berkenaan setiap kali musim tengkujuh sejak lebih 10 tahun lalu, sudah cukup dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai tauke ikan darat, di Jalan Lubok Jong, di sini.

Bapa kepada lapan cahaya mata itu turut dibantu isteri, Siti Noor Hanafi, 46, kerana tidak menang tangan melayan pelanggan yang setiap hari memenuhi gerainya untuk mendapatka­n pelbagai jenis ikan darat.

“Saya membuka gerai bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dengan menjual pelbagai jenis ikan darat termasuk baung, patin, pepuyu, tenggala, selat dan haruan yang diperoleh daripada pembekal yang juga penduduk kampung sekitar.

“Ikan darat dijual bermula RM10 hingga RM80 sekilogram bergantung jenis ikan, malah kami juga menawarkan khidmat menyiang ikan secara percuma memandangk­an ramai pelanggan tidak tahu menyiang ikan ini kerana prosesnya agak rumit.

“Selain itu, saya mengamalka­n perniagaan menjual sambil menderma yang mana ada beberapa jenis ikan yang saya bagi percuma terutama spesies sukar didapati,” katanya yang tinggal di Kampung Serongga, di sini.

Nazita berkata, dia mendapatka­n bekalan ikan darat daripada

Saya membuka gerai bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dengan menjual pelbagai jenis ikan darat.

hampir 50 pembekal iaitu penduduk kampung yang memukat atau mencari ikan berkenaan untuknya setiap tahun.

“Menjual ikan darat ini adalah kerja hakiki saya setiap kali hujung tahun kerana hasilnya agak lumayan walaupun terpaksa menghidu bau hanyir,” katanya.

Nazita Hamat,

 ?? (Foto Syaherah Mustafa/bh) ?? Nazita melayan pelanggan membeli ikan darat di gerainya di Jalan Lubok Jong, Pasir Mas.
(Foto Syaherah Mustafa/bh) Nazita melayan pelanggan membeli ikan darat di gerainya di Jalan Lubok Jong, Pasir Mas.
 ??  ?? Nazita dibantu isterinya, Siti Noor menyiang ikan.
Nazita dibantu isterinya, Siti Noor menyiang ikan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia