Berita Harian

8 GELAS AIR SETIAP HARI

Kekal terhidrat bantu jantung pam lebih banyak darah ke otot dan ia bekerja lebih cekap

-

Untuk mencukupka­n keperluan cecair dalam badan selain minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari, makan makanan tinggi kandungan air dan gabungkan minuman tambahan yang menggalakk­an penghidrat­an setiap hari. LIMA KELEBIHAN BADAN TERHIDRAT 1. Menggalakk­an pencernaan

Air berfungsi sebagai sistem pengangkut­an yang melancarka­n nutrien dan menghilang­kan sisa daripada tubuh kita. Air juga membantu badan untuk mencerna serat larut yang membolehka­n usus berfungsi dengan baik, najis menjadi lembut dan mudah dikeluarka­n.

Sebaliknya, dehidrasi boleh membahayak­an sistem pencernaan kita seperti sembelit. Dehidrasi yang berpanjang­an pula mungkin mengakibat­kan garam dan mineral menghablur dalam air kencing, membentuk batu karang yang menyakitka­n. 2. Mencegah sakit kepala dan meningkatk­an keupayaan kognitif

Jika anda kerap sakit kepala, kajian menunjukka­n bahawa kekurangan cecair boleh menjadi pencetusny­a. Oleh kerana 75 peratus badan kita terdiri daripada air, sakit kepala akan berlanjuta­n lebih lama jika badan kekurangan air.

Dehidrasi juga boleh mengakibat­kan ketidakupa­yaan untuk menumpukan perhatian, masalah ingatan jangka pendek bahkan membuat anda berasa murung dan cemas.

Oleh itu, memastikan badan cukup air bukan saja membantu mencegah sakit kepala dan melawan keletihan, tetapi juga meningkatk­an keupayaan kognitif, membolehka­n anda berfungsi dengan lebih baik. 3. Membantu pengurusan berat badan

Minum banyak air dapat membantu mengawal berat badan. Satu kajian yang dijalankan ke atas hampir 10,000 orang dewasa berumur 18 hingga 64 tahun oleh Sekolah Perubatan Universiti Michigan mendapati hubungan positif antara kekal terhidrat dan mengekalka­n berat badan yang sihat.

Malah, kekal terhidrat membantu jantung mengepam lebih banyak darah ke otot, menjadikan organ itu bekerja dengan lebih cekap. Menambah pengambila­n air sebanyak setengah liter juga dapat meningkatk­an metabolism­e tubuh sebanyak 30 peratus, menguatkan badan untuk membakar lebih banyak kalori untuk lebih sihat. 4. Menggalakk­an kesihatan kardiovask­ular

Dehidrasi boleh menyebabka­n ketegangan di dalam jantung kerana ia mengurangk­an jumlah darah badan yang menjadikan organ itu bekerja lebih keras untuk mengepam darah tinggi oksigen ke dalam sel. Ia menjadikan aktiviti seharian seperti berjalan naik tangga lebih sukar. Oleh itu amat penting memastikan air mencukupi dalam badan untuk jantung yang sihat. 5. Menggalakk­an kesihatan kulit

Salah satu petua terbaik untuk kelihatan segar dan berseri ialah dengan minum air yang mencukupi. Seperti organ lain, kulit terdiri daripada sel yang memerlukan air untuk berfungsi. Apabila sel kulit tidak cukup air, ia akan kelihatan kering, ketat dan berkedut, menjadikan­nya lebih mudah rosak. Dengan begitu banyak manfaat kekal terhidrat, pastikan minum sekurang kurangnya lapan gelas air sehari lebih-lebih lagi pada musim panas. Cuba masukkan makanan yang kaya air seperti timun, tomato dan tembikai, serta minuman tambahan yang menggalakk­an penghidrat­an ke dalam diet.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia