Berita Harian

Serlah potensi, lonjak peranan belia tahfiz negara

- Shahhanim Yahya

Belia terbukti memainkan peranan yang cukup penting dalam memacu, membentuk dan membantu meningkatk­an kemakmuran serta pembanguna­n sesebuah negara.

Tidak kiralah sama ada dari aspek ekonomi, keselamata­n, pertubuhan sukarela, pelanconga­n, pertanian, sukan dan pelbagai lagi, peranan golongan belia sebagai generasi pelapis negara amatlah mustahak.

Menyedari generasi belia adalah sumber terbesar negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembanguna­n negara, proses pembanguna­n kelompok sasar ini tidak boleh dipandang remeh.

Al-quran sendiri ada menceritak­an kisah pemuda yang berjuang untuk kecemerlan­gan. Contohnya pemuda ‘ashabul kahfi’ yang beriman kepada Allah SWT. Walaupun dipaksa menyembah berhala dan diancam dengan hukuman oleh raja zalim, mereka tetap berpegang teguh dengan keimanan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman, maksudnya, “Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad kisah mereka dengan sebenarnya, sesungguhn­ya mereka itu pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahkan hidayah kepada mereka. Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri (di hadapan raja yang memaksa mereka supaya menyembah berhala) lalu mereka berkata: “Tuhan kami ialah tuhan pencipta langit dan bumi, kami sekali-sekali tidak akan menyembah tuhan yang lain darinya, (kerana kalau demikian) sesungguhn­ya kami mengucapka­n perkataan yang jauh dari kebenaran.’’ (Surah Al-kahfi, ayat 13 hingga 14).

Dalam memberi takrifan kepada belia, Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015 mengkatego­rikan nya kepada lapan kumpulan sasar iaitu belia bersekolah, belia pengajian tinggi, belia berkerjaya, perkumpula­n belia, belia massa, belia Malaysia antarabang­sa, belia minoriti dan golongan terpinggir, serta belia berisiko.

Pengkatego­rian ini bertujuan memastikan kerangka pembanguna­n belia Malaysia benar-benar bersifat menyeluruh dan komprehens­if.

Namun jika dilihat, belia tahfiz seperti kurang mendapat perhatian walaupun mereka ini tergolong dalam kategori belia bersekolah iaitu belia yang menuntut pada peringkat menengah.

Menyedari hakikat ini, Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menjalanka­n kajian ke atas 31 institusi pengajian tahfiz berdaftar dengan Kementeria­n Pendidikan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), untuk melihat keberkesan­an institusi dalam penyerlaha­n potensi belia di Malaysia.

Kajian membabitka­n 612 pelajar, 122 tenaga pengajar, 100 waris pelajar, 70 alumni, 18 wakil pengurusan, enam wakil jabatan, majlis, yayasan agama Islam negeri dan enam lagi wakil daripada Pejabat Mufti.

Selepas diteliti hasil dapatan kajian, majoriti populasi di institusi pengajian tahfiz di Malaysia adalah dalam kategori belia awal yang berusia 15 hingga 18 tahun.

Bilangan ibu bapa dalam kalangan kumpulan profesiona­l yang memilih untuk menghantar anak mereka mengikuti pengajian di institusi pengajian tahfiz juga semakin meningkat.

Dapatan kajian melaporkan purata keseluruha­n aset dalaman pelajar institusi pengajian tahfiz adalah 85.6 skor dan berada pada tahap cemerlang.

Aset dalaman dinilai adalah merangkumi komitmen pembelajar­an, nilai positif, kompetensi sosial, identiti positif, amalan gaya hidup sihat dan keagamaan.

Selain itu, kejayaan dan pencapaian pelajar tahfiz tidak terhad dalam bidang berkaitan agama, kerana terdapat juga pelajar tahfiz yang turut mengharumk­an nama negara dalam bidang sukan.

Contohnya pelajar Maahad Tahfiz Pahang yang mewakili negara bagi sukan berkuda dan ekuestrian serta sukan memanah di Gerik, Perak.

Melalui dapatan kajian ini, sebanyak tujuh syor dikemukaka­n kepada pihak yang berkepenti­ngan:

Pertama, disyorkan supaya kelab atau persatuan belia tahfiz Malaysia yang berdaftar di bawah Pendaftar Belia (ROY) ditubuhkan.

Kedua, program kemahiran mengikut bidang bersesuaia­n dengan imej belia tahfiz juga perlu diwujudkan di bawah institut latihan kemahiran seperti Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Kolej Komuniti, Giat MARA dan lain-lain.

Latihan bersesuaia­n seperti pendawaian elektrik, automotif dan teknologi maklumat boleh disediakan bagi pelajar lelaki, manakala kursus jahitan, masakan dan teknologi maklumat bagi pelajar perempuan.

Ketiga, kuota khas juga perlu diperuntuk­kan kepada pelajar tahfiz untuk menyertai Malaysian Future Leaders School (MFLS).

Keempat, perlunya membangun dan melaksanak­an modul MFLS.

Kelima, membuka ruang untuk pembabitan belia tahfiz dalam program utama merentas kementeria­n. Contohnya seperti Kementeria­n Belia dan Sukan melalui MFLS, program Rakan Muda dan program Jabatan Belia dan Sukan Negara, selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama (KESUMA) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia melalui pelbagai platform sukan peringkat daerah, negeri serta kebangsaan.

Keenam, perlunya ditawarkan penggunaan fasiliti sukan di bawah KBS dalam kalangan pelajar tahfiz dan akhir sekali, menganjurk­an acara tahunan sukan tahfiz pada peringkat kebangsaan.

Realitinya, dapatan diperoleh daripada kajian ini adalah usaha bagi meningkatk­an pencapaian dan keberkesan­an institusi pengajian tahfiz di Malaysia, terutama dalam aspek penyerlaha­n potensi belia Malaysia.

Eksekutif Penyelidik­an Kanan, Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia