Berita Harian

Imam cilik jadikan masjid lama praktis ilmu

-

Walaupun usianya masih muda, Zakri Zakaria, 11, tidak sedikit pun kekok mengimamka­n solat di hadapan jemaah yang majoriti usianya jauh lebih dewasa.

Walaupun tidak selalu, kesempatan itu dimanfaatk­an sepenuhnya pelajar tahfiz berkenaan untuk mengasah bakat dan keberanian­nya demi mencapai cita-citanya bergelar ustaz dan penceramah.

Selain sesekali menjadi imam, Zakri juga sering diberi peluang melaungkan azan di Masjid Lama Kampung Rembia yang terletak di jalan lama Alor Gajah-melaka, Melaka.

Malah, kelunakan laungan azannya sejak lebih setahun lalu sentiasa menarik perhatian umum.

Zakri ketika ditemui, mengakui peluang melaungkan azan terutama ketika solat Maghrib dan Isyak, cukup bermakna buatnya kerana ia merapatkan hubungan silaturahi­m sesama komuniti masyarakat.

Katanya, jemaah solat di masjid lama itu tidaklah ramai berbanding di masjid baharu, lantas dia sering diberi peluang melaungkan azan dan sesekali menjadi imam.

“Dorongan penduduk dan jemaah, terutama orang tua menyebabka­n saya lebih berani dan yakin untuk melaungkan azan, walaupun menggunaka­n pembesar suara.

“Saya bercita-cita untuk menjadi hafiz al-quran, penceramah atau ustaz, walaupun setakat ini hanya mampu menghafaz dua juzuk al-quran,” katanya.

Zakri mengakui galakan keluarga, terutama bapanya, Zakaria Mohd

Daud, 53 dan abang, Norhakim, 21, yang juga bekas pelajar tahfiz yang pernah menuntut di Indonesia, membolehka­n dia memfokuska­n teknik lontaran suara yang jelas dan terang dalam usaha memanggil penduduk ke arah solat berjemaah.

Sementara itu, Zakaria ketika ditemui bersyukur kerana peluang yang diberikan jemaah masjid berkenaan kepada anaknya itu.

Beliau berkata, masjid lama berkenaan membuka ruang buat anaknya menjadi bilal dan sesekali menjadi imam, terutama selepas majoriti penduduk di kawasan itu lebih selesa solat di masjid baharu.

Katanya, dengan kemudahan yang ada di masjid lama beberapa penduduk masih menggunaka­nnya kerana struktur bangunan yang kukuh dan baik.

“Saya secara peribadi sentiasa memberi dorongan kepadanya untuk terus meningkatk­an kemahiran azan, menghafaz dan berdepan orang ramai dengan membawa mesej keagamaan,” katanya.

 ?? (Foto Nazri Abu Bakar/bh) ?? Zakri melaungkan azan di Masjid Lama Kampung Rembia, Melaka.
(Foto Nazri Abu Bakar/bh) Zakri melaungkan azan di Masjid Lama Kampung Rembia, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia