Berita Harian

MEDAC sasar bantu 25,000 peniaga beralih ke digital

-

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasar untuk membantu 25,000 perniagaan kecil beralih ke digital dalam tempoh satu hingga dua tahun.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kementeria­n yakin mencapai sasaran itu yang dilihat sebagai langkah amat penting bagi memastikan kelangsung­an perniagaan kecil pasca COVID-19.

Katanya, ia sebahagian besar disokong kesan pengganda dijangkaka­n oleh kementeria­nnya menerusi pelbagai program yang dijalankan agensi di bawah MEDAC.

“Program terbaru merangkumi kerjasama antara perkhidmat­an penghantar­an SME Corp dan Warong Riders melalui Program Penyambung Mikro SME Corp.

“MEDAC menyasarka­n untuk mempunyai kira-kira 5,000 penghantar menyertai program Warong Riders seluruh negara yang akan ditubuhkan di semua kawasan Parlimen.

“Program ini bukan hanya bertujuan memberi peluang pekerjaan. Penghantar ini juga akan berfungsi sebagai pembimbing rakan setara yang akan menolong memberi kesedaran dan membantu proses dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, beliau percaya adalah tidak mustahil untuk seorang penghantar mempunyai potensi terbabit dengan lima perniagaan kecil.

“Ini sekali gus boleh membantu dari segi memberi penjelasan kepada perniagaan dan bagaimana untuk beralih serta menyesuaik­an diri ke arah digitalisa­si.

“Daripada situ, agensi kami yang lain seperti Institut Keusahawan­an Nasional (INSKEN) dapat membantu dengan memberi kesedaran dan peningkata­n kemahiran yang diperlukan melalui latihan serta bimbingan,” katanya.

Wan Junaidi berkata, beliau menyedari usaha untuk mengubah perniagaan kecil daripada tradisiona­l ke digital adalah tugas mencabar yang memerlukan bantuan menyeluruh serta bimbingan.

Katanya, apabila diperkatak­an mengenai digitalisa­si, terutama kepada kelompok B40, ramai yang tidak mengetahui atau mempunyai idea walaupun sedikit mengenainy­a.

“Mereka tidak dapat membayangk­an bagaimana perniagaan dalam talian. Malah, ada juga rakan karib saya yang masih tidak faham e-dagang.

“Justeru, dengan sekadar memberikan geran tidak memadai, sebaliknya akan membazirka­n wang kerana pada akhirnya mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Apa yang mereka perlukan ialah pendekatan lebih holistik seperti latihan, alat serta pendekatan pemasaran yang tepat untuk berjaya memindahka­n perniagaan secara dalam talian,” katanya.

 ??  ?? Mohd Afzanizam Abdul Rashid,
Mohd Afzanizam Abdul Rashid,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia