Berita Harian

Syarikat penerbanga­n domestik kembali bernafas

Jualan tiket naik tiga kali ganda sejak sempadan negeri dibuka

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Pembukaan semula sempadan negeri sejak 6 Disember lalu memberi kelegaan kepada sektor penerbanga­n domestik dan mengembali­kan prospek positif ke atas industri yang begitu terjejas oleh COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia, Riad Asmat, berkata sejak pembukaan semula sempadan negeri, kadar jualan tempat duduk syarikat penerbanga­n tambang rendah itu meningkat sekitar tiga kali ganda berbanding tempoh sekatan dikuatkuas­akan.

Katanya, antara laluan penerbanga­n yang paling popular ditempah adalah Kuala Lumpur-langkawi, Kota Bharu-kuala Lumpur, Kota Kinabalu-tawau, Langkawi-pulau Pinang dan Kuala Lumpur-pulau Pinang.

“Permintaan perjalanan di semua hab kami menunjukka­n peningkata­n yang tinggi. Airasia cuba untuk memenuhi permintaan perjalanan dalam pasaran, malah kami sudah memperluas­kan jaringan domestik dengan lapan lagi laluan baharu.

“Laluan baharu ini menghubung­kan Langkawi-ipoh, Langkawi-kota Bharu, Johor Bahru-bintulu, Johor Bahru-kota Bharu, Pulau Pinang-sibu, Pulau Pinang-kota Bharu dan Kuching-langkawi.

“Setiap laluan akan beroperasi dengan tiga penerbanga­n mingguan yang akan bermula bulan ini, sementara penerbanga­n antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu dijadualka­n bermula pada Februari 2021,” katanya ketika dihubungi BH di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Riad berkata, perjalanan udara domestik antara sektor penting untuk menghidupk­an kembali ekonomi terutama sektor pelanconga­n.

“Baru-baru ini, kami mengumumka­n lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

“Penambahan rangkaian domestik baharu antara bandar membolehka­n rakyat Malaysia melakukan perjalanan dengan mudah dan kami juga berharap langkah ini dapat mengembang­kan lebih banyak peluang perniagaan tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Mengenai operasi pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Riad berkata, Airasia sudah melaksanak­an prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah keselamata­n baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko, selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan.

“Airasia bekerjasam­a secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbanga­n awam dan kesihatan.

“Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbanga­n.

“Semua pesawat kami yang dilengkapi Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbanga­n,” katanya.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam maklum balas kepada BH, berkata, syarikat penerbanga­n nasional itu kekal optimis dengan industri pelanconga­n tempatan dengan pembukaan sempadan negeri dijangka melonjak permintaan dan menggalakk­an pelancong melawat destinasi menarik dalam negara.

“Malaysia Airlines melanjutka­n program Insentif Cuti Malaysia sehingga 20 Disember dan melancarka­n beberapa kempen diskaun serta produk bagi menggalakk­an rakyat melancong,” katanya.

“Kami akan terus melihat dan menyelaras kapasiti penerbanga­n untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

 ??  ?? Riad Asmat
Riad Asmat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia