Berita Harian

Firefly sedia terbangkan pesawat jet dari utara ke tiga lokasi

-

Firefly Airlines akan memulakan operasi penerbanga­n menggunaka­n pesawat jet dari hab utaranya di Pulau Pinang ke tiga destinasi iaitu Kota Kinabalu, Kuching dan Johor Bahru bermula bulan depan.

Syarikat di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) itu ketika ini hanya menggunaka­n pesawat jenis turboprop bagi menjalanka­n operasi penerbanga­nnya.

Menurut laporan TTG Asia yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See, sebagai berkata syarikat penerbanga­n itu akan memulakan operasi penerbanga­n dua kali sehari antara Pulau Pinang dan Kota Kinabalu serta Kuching dan tiga kali sehari antara Pulau Pinang ke Johor Bharu.

“Perkhidmat­an penerbanga­n ini akan menggunaka­n pesawat Boeing 737-800, menggunaka­n pesawat lebihan yang dipunyai Malaysia Airlines.

“Pulau Pinang dipilih kerana ia adalah lokasi yang bagus untuk bermula kerana mempunyai gabungan hiburan dan perniagaan korporat yang hebat,” katanya ketika berucap di Be@penang, persidanga­n maya dua hari anjuran Penang Convention & Exhibition Bureau, baru-baru ini.

See berkata, penerbanga­n baharu itu akan berkongsi kod dengan Malaysia Airlines dan pelanggan boleh mengumpul serta menebus mata ganjaran Enrich points.

“Dari segi perbezaan produk, Firefly akan menawarkan perkhidmat­an tambang rendah yang mana penumpang boleh memilih produk dan perkhidmat­an yang dimahukan.

“Ia seperti konsep DIY (layan diri) namun pada masa sama penumpang juga boleh menikmati manfaat penuh dengan menjadi sebahagian daripada MAG,” katanya.

Tambahnya, penubuhan hab operasi Firefly di Pulau Pinang akan memerlukan pelaburan minimum daripada MAG pada 2021.

Pulau Pinang dipilih kerana ia adalah lokasi yang bagus untuk bermula kerana mempunyai gabungan hiburan dan perniagaan korporat yang hebat.

Philip See Ketua Pegawai Eksekutif Firefly

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia