Berita Harian

My JET berkembang ke China tahun depan

-

My Jet Xpress Airlines berhasrat untuk mengembang­kan perkhidmat­an kargonya ke beberapa wilayah di China seperti Shenzhen pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Azrul Hisham Abdul Wahab, berkata adalah tepat pada masanya bagi syarikat penerbanga­n itu menceburi pasaran China memandangk­an permintaan terhadap perkhidmat­an kargo dilihat sangat menggalakk­an di tengah pandemik COVID-19.

Selain itu, syarikat penerbanga­n kargo itu akan menambah kekerapan dengan pesawat baharunya, 9M-NEW yang mula beroperasi pada malam Sabtu lalu.

“Mulai minggu depan (ini) dan seterusnya, kami juga akan menambah kekerapan dari Semenanjun­g ke Sabah dan Sarawak untuk operasi ekspres, di samping mengendali­kan perkhidmat­an biasa ke Singapura, Indonesia serta Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penghargaa­n kepada Petugas Barisan Hadapan dan Perasmian Penerbanga­n (9M-NEW), kelmarin.

Menurut Azrul Hisham lagi, pesawat baharu keempat itu dirancang memulakan operasi pada suku kedua 2021, namun dipercepat­kan ke tahun ini berikutan permintaan pasaran yang amat menggalakk­an.

“Kami akan menambah satu lagi kekerapan pada jam 5 petang dan 6 petang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching, masing-masing kepada seawal jam 11 pagi setiap hari ke kedua-dua tempat,” katanya.

Beliau berkata, My JET juga bercadang untuk meneroka segmen lain dalam industri penerbanga­n iaitu penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih. “Kami juga sedang meneliti projek pengangkut­an vaksin memandangk­an kami mempunyai infrastruk­tur mencukupi serta peralatan yang relevan bagi operasi seperti itu, tetapi terlalu awal untuk meramalkan kerana kita belum mendapat vaksin di Malaysia,” katanya.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Azrul Hisham (kiri), selepas majlis penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan dan perasmian penerbanga­n 9M-NEW, kelmarin.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Azrul Hisham (kiri), selepas majlis penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan dan perasmian penerbanga­n 9M-NEW, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia