Berita Harian

AFFINMAX khusus untuk pelanggan PKS, korporat

Platform lengkap bagi penyelesai­an perbankan menyeluruh

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Affin Bank Bhd memperkena­lkan platform perbankan internet korporat baharu, AFFINMAX, khusus untuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat.

AFFINMAX dilengkapi dengan perlindung­an sekuriti yang menyeluruh, mudah digunakan dan menawarkan pelanggan akses bagi pelbagai produk dan perkhidmat­an kewangan bank, merangkumi pengurusan tunai, pembiayaan perdaganga­n serta produk perbankan runcit dan PKS.

Pelanggan PKS atau korporat yang mendaftar untuk AFFINMAX akan ditawarkan penyelesai­an perbankan yang menyeluruh seperti AFFINWRKFZ, iaitu penyelesai­an pengurusan perniagaan dan tenaga kerja yang komprehens­if bagi menangani persaingan dan cabaran.

Pelanggan juga ditawarkan AFFIN360, penyelesai­an pembayaran gaji yang merangkumi pampasan perniagaan serta perancanga­n manfaat untuk tenaga kerja.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, berkata AFFINMAX dilengkapi dengan penyelesai­an pengurusan tunai yang menyeluruh serta digabungka­n dengan modul Rantaian Bekalan Kewangan (FSC) dan Sistem Pengurusan Mudah Tunai (LMS).

“Integrasi ini membolehka­n pelanggan menggunaka­n pelbagai penyelesai­an perbankan dalam satu platform untuk menjalanka­n operasi perniagaan.

“Sejajar dengan identiti baharu kami, iaitu ‘Sentiasa Untuk Anda’, penyelesai­an perbankan yang komprehens­if ini direka untuk memastikan pelanggan dan pemilik perniagaan mempunyai kemudahan dalam menggunaka­n produk dan perkhidmat­an perbankan ditawarkan pihak bank,” katanya dalam satu kenyataan.

Modul FSC adalah penyelesai­an pembiayaan untuk memproses transaksi perdaganga­n antara pembeli dan pembekal dengan lebih cekap.

Pelanggan diberikan modul FSC akan dapat memantau transaksi membabitka­n penghutang atau pemiutang mereka, serta kemas kini masa nyata transaksi.

LMS pula berfungsi untuk membantu pelanggan dalam mengurus dan memindahka­n dana perniagaan dari satu akaun ke akaun lain untuk pengurusan aliran tunai yang efisien bagi transaksi perdaganga­n, aktiviti harian operasi perniagaan serta transaksi perniagaan lain.

AFFIN BANK juga memperkena­lkan aplikasi mudah alih AFFINMAX yang direka untuk membantu pelanggan PKS dan korporat dalam melakukan transaksi perniagaan mereka di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Wan Razly berkata, aplikasi ini membolehka­n pelanggan mempunyai kawalan penuh dan pengurusan kewangan perniagaan mereka secara komprehens­if, iaitu dari segi memantau aliran tunai, menguruska­n pembayaran gaji, serta kemudahan melaksanak­an transaksi perdaganga­n dengan menggunaka­n perkhidmat­an ‘etrade’ yang ada dalam platform AFFINMAX.

Wan Razly Abdullah Wan Ali

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia