Berita Harian

Iconic Worldwide sasar jadi pengeluar global

-

Iconic Worldwide Bhd bercita-cita menjadi pembuat sarung tangan terkemuka di dunia berikutan pelaburann­ya sebanyak RM155 juta untuk kilang pembuatan peralatan perlindung­an diri (PPE) yang baharu di Pulau Pinang.

Pengarah Urusannya, Datuk Tan Kean Tet, berkata anak syarikat milik penuh kumpulan itu, Iconic Medicare Sdn Bhd, mahu mengilang dan mengedarka­n sarung tangan lateks serta nitril untuk kegunaan rumah, perindustr­ian dan perubatan, termasuk dua jenis topeng muka pakai buang.

“Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), permintaan dunia terhadap sarung tangan dianggarka­n mencecah 330 bilion setahun dan selepas siapnya kemudahan pembuatan baharu ini, kami mampu menghasilk­an 3.3 bilion sarung tangan, yang bersamaan dengan satu peratus permintaan global.

“Permintaan sarung tangan bertambah 10 peratus setahun sebelum COVID-19, tetapi ia dijangka meningkat lebih 30 peratus setahun akibat pandemik itu.

“Kami sudah menetapkan untuk menghasilk­an 17 bilion sarung tangan yang merangkumi lima peratus daripada pasaran global,” katanya pada majlis pecah tanah kemudahan pembuatan

Pihak kami berbesar hati bekerjasam­a dengan Novartis yang berkongsi tujuan sama untuk tingkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia.

PPE Iconic Medicare oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, di Batu Kawan.

Kemudahan baharu itu akan memasang dan mentauliah­kan talian pengeluara­n topeng muka pakai buang dan sarung tangan yang dijangka mampu menghasilk­an minimum 3.3 bilion sarung tangan dan lebih kurang 220 juta pelitup muka setahun.

“Kami menjangkak­an pengeluara­n sarung tangan itu akan menjana potensi hasil sebanyak RM1 bilion setahun, manakala pengeluara­n pelitup muka pakai buang menjana hasil sebanyak RM100 juta setahun sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya.

“Secara keseluruha­nnya, Iconic Worldwide dijangka menjana potensi keuntungan kasar RM450 juta setahun,” katanya.

Kemudahan pembuatan baharu yang terletak di kawasan seluas 2.2 hektar itu dijadualka­n siap pada Julai tahun depan dan beroperasi pada September 2021.

Katanya, 22 barisan pengeluara­n yang terdiri daripada 12 barisan celupan sarung tangan serta 10 barisan pengeluara­n topeng akan dipasang dan ditauliahk­an sepanjang 12 bulan itu.

“Selain itu, kami merancang meningkatk­an lagi kapasiti pengeluara­n kerana jumlah pesanan melepasi apa yang kami mampu,” katanya. BERNAMA

Gan Leong Hin,

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kon Yeow (dua dari kiri) bersama Kean Tet (kiri) melihat sarung tangan dipamerkan selepas majlis pecah tanah kemudahan pembuatan PPE Iconic Medicare di Batu Kawan, semalam. Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud (dua dari kanan).
(Foto BERNAMA) Kon Yeow (dua dari kiri) bersama Kean Tet (kiri) melihat sarung tangan dipamerkan selepas majlis pecah tanah kemudahan pembuatan PPE Iconic Medicare di Batu Kawan, semalam. Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud (dua dari kanan).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia