Berita Harian

Suspek pengeboman Bali ditahan selepas 17 tahun

Pemimpin JI diberkas di kediamanny­a dalam serbuan Khamis lalu

-

Jakarta: Polis Indonesia memaklumka­n sudah memberkas suspek pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Zulkarnaen yang juga disyaki dalang di sebalik kejadian pengeboman di Bali pada 2002.

Polis berkata, dia ditangkap Khamis lalu di Purbolling­go, kapubaten Lampung Timur, Lampung, Pulau Sumatera dan kediamanny­a turut diserbu.

Zulkarnaen atau nama sebenarnya Aris Sumarsono, 57, adalah anggota militan terlatih Afghanista­n, dipercayai pemimpin kepada skuad elit yang terbabit dalam kejadian serangan bom berani mati di JW Marriot Hotel, Jakarta yang mengorbank­an 12 orang awam pada 2003.

Suspek turut didakwa terbabit dalam serangan bom yang mengorbank­an 202 nyawa di Bali pada 2002 dan sudah melarikan diri sejak insiden di Jakarta.

Polis berkata, Zulkarnaen bertindak sebagai komander bagi rangkaian pengganas serantau JI dan menubuhkan skuad pejuang dikenali sebagai Laskar Khos atau pasukan khas yang mendalangi insiden pengeboman di Bali.

Unit itu juga didakwa bertanggun­gjawab atas konflik keganasan di Poso, Sulawesi Tengah dan Ambon di Maluku.

Zulkarnaen mengetuai operasi perisikan tentera untuk JI bersama Umar Patek, seorang komander lapangan dalam pengeboman Bali pada 2002.

Beliau mengumpul pengikut dengan cepat setiap kali ada anggota mereka yang ditangkap atau dibunuh.

Tangkapan itu berjaya direalisas­ikan selepas skuad polis antipengga­nas, Densus 88 menangkap pengganas lain, Taufik Bulaga atau Upik Lawanga di Lampung pada penghujung bulan lalu.

Taufik adalah pembuat bom berpengala­man dan rakan rapat komander JI yang sudah ditembak mati, Noordin Top.

Sementara itu polis Indonesia kelmarin menahan pendakwah Rizieq Shihab kerana didakwa melanggar sekatan COVID-19 dengan mengadakan acara yang menarik ribuan orang hadir di Jakarta, kata peguamnya. Rizieq adalah pemimpin Barisan Pertahanan Islam (FPI), organisasi radikal antimaksia­t yang kembali ke Indonesia November lalu selepas meninggalk­an negara itu pada 2017 untuk mengerjaka­n umrah di Makkah.

Peguamnya berkata, usul praperbica­raan akan diajukan untuk meminta pembebasan­nya.

Rizieq didakwa menghalang penguatkua­saan undang-undang dan menghasut, kata polis Jakarta seperti yang dipetik oleh media tempatan.

 ?? (Foto AGENSI) ?? Zulkarnaen (gambar kecil) disyaki dalang pengeboman Bali pada 2002 diberkas selepas lebih 17 tahun tragedi yang mengorbank­an ratusan orang awam itu berlaku.
(Foto AGENSI) Zulkarnaen (gambar kecil) disyaki dalang pengeboman Bali pada 2002 diberkas selepas lebih 17 tahun tragedi yang mengorbank­an ratusan orang awam itu berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia