Berita Harian

Pekerja kilang dakwa tidak dibayar gaji merusuh

-

Bangalore: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja kilang iphone milik Taiwan dekat selatan India yang mengamuk kerana mendakwa gaji mereka tidak dibayar dan mendakwa terdapat isu eksploitas­i.

Setakat ini, 100 pekerja kilang itu ditangkap berikutan rusuhan berkenaan.

Pekerja terbabit kelmarin melakukan rusuhan di kilang elektronik, Wistron Infocomm Manufactur­ing di pinggir Bangalore yang juga pusat teknologi maklumat (IT) di India.

Terdapat video yang dikongsi di media sosial menunjukka­n pekerja terbabit melakukan keganasan dengan memecahkan panel kaca menggunaka­n kayu, merosakkan kamera litar tertutup (CCTV), lampu, kipas, selain turut membakar kenderaan.

Menurut media tempatan, pekerja di kilang berkenaan memaklumka­n gaji mereka tidak dibayar lebih empat bulan dan dipaksa bekerja lebih masa.

“Situasi semasa adalah terkawal sekarang. Kami sudah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden ini,” kata polis tempatan kepada AFP semalam, yang turut memaklumka­n tidak ada individu dilaporkan tercedera dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri di negeri Karnataka, C.N. Ashwathnar­ayan, berkata insiden keganasan itu sebagai tidak wajar dan kerajaan akan memastikan perkara itu diselesaik­an dalam kadar segera.

“Kami akan memastikan kebajikan semua pekerja dilindungi dan semua hutang mereka dijelaskan,” katanya dalam satu ciapan menerusi Twitter.

Dalam pada itu, seorang pemimpin kesatuan pekerja tempatan mendakwa berlaku eksploitas­i dan tindakan menzalimi pekerja kilang berkenaan.

“Kerajaan membenarka­n syarikat itu mencabuli hak asasi pekerja,” kata Satyanand kepada sebuah akhbar Hindu.

Kami akan memastikan kebajikan semua pekerja dilindungi dan semua hutang mereka dijelaskan.

C.N. Ashwathnar­ayan, Timbalan Ketua Menteri di negeri Karnataka

 ?? (Foto AFP) ?? Pengawal keselamata­n memeriksa kenderaan yang memasuki kilang Wistron Infocomm Manufactur­ing, di Bangalore.
(Foto AFP) Pengawal keselamata­n memeriksa kenderaan yang memasuki kilang Wistron Infocomm Manufactur­ing, di Bangalore.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia