Berita Harian

Protes Paris masuk minggu ketiga

-

Paris: Puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya di Perancis kelmarin untuk minggu ketiga berturut-turut, susulan pengenalan rang undang-undang (RUU) keselamata­n kontrovers­i yang akan mengehadka­n perbuatan merakam tindakan polis.

Pihak berkuasa bersiap siaga terhadap kemungkina­n berlakunya keganasan selepas tunjuk perasaan untuk dua minggu sebelum ini berakhir dengan rusuhan.

Penganjur mendakwa tunjuk perasaan itu menarik kira-kira 60,000 individu di seluruh negara, termasuk di Lyon, Montpellie­r, Strasbourg, Lille, Bordeaux, Toulouse dan Marseille, tetapi Kementeria­n Dalam Negeri meletakkan jumlah kehadiran seramai 26,000.

‘Penindasan global, langkah mundur,’ tulis satu plakad yang diangkat seorang penunjuk perasaan di ibu negara itu, yang merujuk kepada RUU ‘keselamata­n global’ baharu, yang melarang penerbitan ‘berniat jahat’ yang memaparkan wajah pegawai polis yang sedang bertugas.

Menteri Dalam Negeri Perancis,

Gerald Darmanin menerusi Twitter berkata, beberapa ratus samseng datang ke Paris untuk melakukan keganasan.

“Strategi kukuh terhadap samseng, 142 ditahan dan perarakan dikawal, berjaya menghalang mereka daripada berbuat demikian dan melindungi pemilik kedai,” katanya.

Pengkritik berpandang­an RUU keselamata­n itu yang diluluskan Dewan Rakyat Perancis, akan menyukarka­n wartawan dan orang awam untuk mendokumen­kan kes keganasan polis.

Rakaman polis kulit putih memukul penerbit muzik kulit hitam yang tidak bersenjata di studio di Paris pada 21 November lalu menyemarak­kan kemarahan terhadap undang-undang itu.

Insiden lain yang direkodkan turut menunjukka­n polis di Paris menggunaka­n keganasan untuk merosakkan kem warga asing.

Susulan bantahan yang semakin memuncak, parti pemerintah LREM mengumumka­n akan meneliti semula RUU kontrovers­i, Perkara 24 membabitka­n merakam tindakan polis. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia