Berita Harian

Ribuan penyokong Trump berarak

Demonstras­i di Washington tuntut batal kemenangan Biden

-

Washington: Ribuan penyokong Donald Trump memenuhi jalan di bandar ini kelmarin bagi menuntut pemimpin itu diberi tempoh ‘empat tahun lagi’ untuk menjadi Presiden.

Penyokong yang memakai topi merah, berarak di jalan raya sambil mendakwa berlaku penipuan besar-besaran dalam keputusan pilihan raya Presiden dan menafikan mereka mengundi calon Demokrat, Joe Biden.

Kumpulan terbabit tetap dengan pendirian Trump, calon Republikan menang di sebalik keputusan Mahkamah Agung pada

Jumaat lalu menolak tuntutan penyokong Trump untuk membatalka­n kemenangan Biden dalam pilihan raya Presiden pada 3 November lalu.

Ribuan penyokong Trump berkumpul di sekitar Freedom Plaza, beberapa blok dari Rumah Putih, namun jumlahnya dilihat lebih kecil berbanding perhimpuna­n sebulan lalu yang mana bilanganny­a dianggarka­n sekitar 10,000 orang.

“Kami tidak akan menyerah kalah,” kata Luke Wilson, seorang penunjuk perasaan dari Idaho.

“Saya percaya berlaku ketidakadi­lan terhadap rakyat Amerika,” tambah Dell Quick, seorang lagi peserta demonstras­i.

Semua negeri kini mengesahka­n kemenangan Biden, memberikan 306 undi elektoral kepada Demokrat dan 232 undi kepada Trump.

Penunjuk perasaan terus mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya Presiden, seperti yang Trump nyatakan berulang kali sebelum ini.

Mereka percaya berlaku campur tangan asing selain menuduh penggunaan perisian yang hanya menghapusk­an jutaan undi menyokong Republikan dalam kertas undi yang sama dan bukan kepada Demokrat.

Sementara itu, empat orang dilaporkan ditikam dan satu tembakan dilepaskan ketika tunjuk perasaan yang berlaku di banyak tempat kelmarin.

Perselisih­an berlaku di banyak tempat antara penunjuk perasaan dan penunjuk perasaan yang tampil mengecam Trump yang kalah dalam pilihan raya 3 November lalu kepada calon Demokrat, Joe Biden tetapi belum mengakui.

Polis Negeri Washington dalam satu ciapan malam kelmarin menyatakan bahawa penembakan berlaku selepas pertempura­n berhampira­n bangunan ibu Capitol di Olympia, dan seorang suspek ditahan. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Penyokong Trump berarak di jalan raya bagi membantah keputusan pilihan raya Presiden di Washington.
(Foto AFP) Penyokong Trump berarak di jalan raya bagi membantah keputusan pilihan raya Presiden di Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia