Berita Harian

Peta baharu Maghribi rangkumi wilayah Sahara Barat

-

Rabat: Amerika Syarikat (AS) kelmarin menggunaka­n ‘peta rasmi baharu’ Maghribi yang merangkumi wilayah pertikaian di Sahara Barat, kata Duta AS ke Rabat, David Fischer.

“Peta ini adalah lambang jelas proklamasi Presiden Trump dua hari lalu, yang mengiktira­f kedaulatan Maghribi terhadap Sahara Barat,” kata duta itu.

Beliau kemudian menandatan­gani ‘peta rasmi baharu kerajaan AS bagi kerajaan Maghribi’ dalam satu majlis di Kedutaan AS di Rabat dan akan mempersemb­ahkan peta itu kepada Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.

Sahara Barat adalah bekas koloni Sepanyol yang terasing dan menjadi rebutan tetapi kawasannya lebih banyak berada di bawah pentadbira­n Maghribi.

Khamis lalu, Maghribi menjadi negara Arab keempat tahun ini mengumumka­n bersetuju menjalin hubungan dengan Israel, selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan.

Presiden AS, Donald Trump membantu Maghribi mencapai sasarannya sejak puluhan tahun lalu dengan menyokong kedaulatan negara itu di Sahara Barat.

Barisan Polisario, kumpulan menentang pengaruh Maghribi di Sahara Barat, mengutuk tindakan Trump kerana memberi kedaulatan Sahara Barat kepada Maghribi.

Kumpulan itu mendakwa Sahara Barat sebagai bukan milik negara itu dan berikrar akan bangun menentang sehingga tentera Maghribi keluar dari Sahara Barat.

Algeria, jiran Maghribi dan pesaing serantauny­a, yang juga penyokong Barisan Polisario semalam, mengkritik langkah itu dan mendakwa ia bertujuan untuk menggugat kestabilan Algeria.

“Ketika ini, wujud keinginan oleh entiti Zionis untuk menghampir­i sempadan kami,” kata Perdana Menteri Algeria, Abdelaziz Djerad, yang merujuk kepada Israel. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Penunjuk perasaan memegang sepanduk keselamata­n di Paris. membantah pengenalan RUU
(Foto AFP) Penunjuk perasaan memegang sepanduk keselamata­n di Paris. membantah pengenalan RUU
 ?? (Foto AFP) ?? Fischer menunjukka­n peta Maghribi yang merangkumi wilayah pertikaian Sahara Barat di Rabat.
(Foto AFP) Fischer menunjukka­n peta Maghribi yang merangkumi wilayah pertikaian Sahara Barat di Rabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia