Berita Harian

Miller cipta sejarah di Asia

Bangga bawa nama Malaysia, biarpun tempa populariti di negara seberang

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Aktor kelahiran Malaysia yang menempa nama di negara seberang, Miller Khan, 33, mencipta magis apabila diangkat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Asian Academy Creative Awards (AACA) 2020, sekali gus menewaskan nama hebat dari Asia lain. Lebih bermakna, kemenangan Miller yang memegang watak Arif menerusi drama bergenre thriller, The terbitan Double Vision Sdn Bhd menyaksika­n jejaka kacak itu menang atas kapasiti mewakili Malaysia. Acara kemuncak AACA 2020 berlangsun­g secara maya di Singapura pada 4 Disember lalu menyaksika­n Miller menewaskan pelakon Asia lain seperti Alex Shu Yuan Ko, Baskara Mahendra, Fabian Loo dan Nichkhun. Miller atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaimi Ali Dad Khan berkata, kemenangan julung kali itu menyuntik semangat untuk terus mempamerka­n prestasi terbaik dalam lapangan lakonan. “Biarpun sudah 14 tahun membina nama di Indonesia, namun kejayaan sulung ini dengan membawa nama Malaysia tetap menjadi kebanggaan saya. Lagipun, Malaysia dan Indonesia serumpun.

“Saya dilahirkan di Malaysia, namun cuba mengembang­kan bakat di negara seberang. Saya sempat berlakon iklan dan filem arahan Allahyarha­m Yasmin Ahmad ketika di Malaysia. “Drama juga cukup berwarna kerana menggabung­kan pelakon Malaysia, Singapura,

Filipina dan Indonesia,” katanya yang melangkah sebagai model peragaan dan pelakon di Malaysia, tujuh tahun lalu.

Miller berkata, dia menganggap berada dalam pencalonan peringkat Asia sudah menjadi kejayaan terbesar buat kerjayanya.

“Saya bersyukur daripada dua pencalonan, saya menang salah satu daripadany­a menerusi drama The Bridge 2.

“Nama saya dicalonkan satu lagi kategori menerusi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama

Assalamual­aikum Calon Iman

mewakili Indonesia, namun tewas di tangan pelakon Filipina, Arjon Aytade.

“Berada dalam pencalonan pun membuatkan saya takjub, apatah lagi menang. Ia pastinya kejayaan peribadi yang tersemat dalam sejarah hidup saya,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, The Bridge musim pertama pernah merangkul dua kategori, Adaptasi Drama Terbaik dan Drama Terbaik pada AACA 2019.

The Bridge menemui penonton di platform Viu dan saluran HBO Asia. Selain Miller, drama bersiri itu menampilka­n nama besar dari Malaysia, Indonesia dan Singapura iaitu Bront Palarae, Ario Bayu dan Rebecca Lim sebagai teraju utama.

Ia adalah drama adaptasi menerusi siri Endemol Shine dengan suntikan elemen tempatan, drama penuh mendebarka­n itu diarahkan oleh TJ Lee, Jason Chong dan Zahir Omar.

Miller berkata, dia tidak sabar untuk memegang trofi kemenangan itu.

“Saya difahamkan trofi akan sampai, bulan depan. Saya tak sabar nak peluk sepuas hati dan mengabadik­an gambar bersama trofi. Saya pasti berkongsi detik kemenangan ini di media sosial,” katanya.

Akuinya, dia bagaikan tidak sedar masa pantas berlalu. Keputusan berhijrah ke Indonesia menuntut pelbagai perkara termasuk pengorbana­n.

“Bukan laluan mudah untuk saya mencari rezeki di negara orang. Namun, saya sentiasa percaya rezeki ada di mana-mana. Apa yang lebih penting, terus berdoa diiriingi usaha, pasti ada jalannya.

“Ketika memilih untuk berhijrah ke Indonesia, saya terpaksa berjauhan dengan keluarga, mereka berada di Malaysia. Namun, saya tak pernah menyesali keputusan ini.

“Saya optimis dengan keputusan penghijrah­an ini. Sedikit demi sedikit laluan dibuka. Saya akhirnya diberi kepercayaa­n menerajui banyak projek dan karya yang berkualiti,” katanya.

Pelakon filem Petak Umpek Minako itu berkata, banyak pengalaman dan ilmu yang dipelajari sepanjang lebih sedekad merantau di Indonesia.

“Saya banyak belajar mengenai survival hidup. Saya mula meneroka ilmu lakonan dan paling penting, pengalaman tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

“Separuh hidup saya di Jakarta, daripada remaja hingga sekarang. Nikmat apa yang saya mahukan lagi? Saya harus sentiasa bersyukur kerana pilihan hidup ini membawa ke satu titik kehidupan pelbagai sisi.

“Saya belajar mendisplin­kan diri, menghormat­i sesiapa sahaja, merendah diri dan selalu memberikan lebih dalam lakonan. Apa yang boleh dikatakan, saya mencapai hampir semua matlamat di kota ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Miller berkata, dia kini menghitung hari dengn penuh debaran kerana namanya turut menembusi pencalonan Asian TV Awards, Januari depan.

Biarpun sudah 14 tahun membina nama di Indonesia, namun kejayaan sulung ini dengan membawa nama Malaysia tetap menjadi kebanggaan saya.

Miller

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia