Berita Harian

Khaty bantu 50 artis veteran

Suka buat kerja kebajikan tanpa hebahan

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Tangan kanan sedekah, tangan kiri tak tahu. Itulah prinsip yang digenggam erat penyanyi Ku Pendam Sebuah Duka, Datuk Khadijah Ibrahim selama ini.

Khadijah atau lebih mesra disapa Khaty selesa melakukan kerja kebajikan tanpa pengetahua­m umum.

Bagaimanap­un, lain pula berlaku pada 11 Disember lalu ketika Khaty dan rakan baiknya, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan mengagihka­n sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan lain-lain kepada ahli Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

Kali ini, Khaty terbuka dan bersedia mendedahka­n aktiviti kebajikan yang berlangsun­g di Dewan Rukun Tetangga Taman Datuk Senu.

Khaty berkata, penyerahan sumbangan dicetuskan oleh kakaknya yang juga pelakon veteran, Sophia Ibrahim.

“Sebenarnya, saya dan Rahmahjan minta tolong Sophia untuk menyampaik­an hasrat kepada Presiden PKAVM, Datuk Tumiran Mohd Kasdi untuk menyenarai­kan nama penerima.

“Rahmahjan baru sampai dari Sabah dan mahu membantu artis veteran. Daripada situ, kami minta Sophia membantu.

“Kami hanya mengambil masa satu hari untuk membeli semua barang keperluan asas,” katanya kepada HIP.

Khaty berkata, Sophia berjaya menyenarai­kan 50 artis veteran untuk menerima sumbangan yang dihajatkan.

“Selain itu, ada juga 50 penerima asnaf kawasan Sentul yang dikenal pasti. Walaupun sumbangan tidak sebesar mana, namun saya yakin pemberian ini dapat mengurangk­an bebanan ditanggung.

“Sekurang-kurangnya, dapatlah mereka menggunaka­n sebagai bekalan, beberapa hari ini. Kami sedaya upaya membantu pada masa akan datang. Sepatutnya 100 artis veteran menerima sumbangan, tetapi hanya 50 orang sahaja yang datang.

“Mungkin ada antara mereka tidak sihat dan kekangan lain. Tak mengapa, kami sudah mendapatka­n butiran seperti alamat untuk menghantar sumbangan ke rumah,” katanya.

Antara artis yang menerima sumbangan termasukla­h Norlia Ghani, Wan Maimunah, Normah Damanhuri, Mek Habshah, Normala Omar, Delimawati, Hamidah Wahab dan ramai lagi.

Sementara itu, Norlia melahirkan rasa syukur apabila ada pihak yang sudi menghulur bantuan kepada artis veteran sepertinya.

Katanya, pemberian barangan keperluan asas yang diterima dapat membantu meringanka­n bebanan dilalui oleh golongan veteran yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Ada sebahagian artis veteran tiada kerja. Macam saya, adalah sikit-sikit. Alhamdulil­lah, tetapi kebanyakan­nya kurang tawaran berlakon. Dapat bantuan ini dikira syukur. Barangan keperluan dapur ini amat mustahak.

“Kita harap lebih ramai yang sudi membantu artis veteran. Orang muda masih laku dan boleh mencari nafkah lagi. Macam kami, ramai yang sudah tak boleh nak cari makan. Saya pula jika tiada kerja berlakon memang tiada pencarian lain.

“Saya tak berniaga, jadi dapat bantuan rasa amat bersyukur,” katanya yang kerap diberikan peluang berlakon di bawah arahan Rashid Sibir.

 ??  ?? Khadijah bersama Sophia pada majlis penyerahan sumbangan keperluan asas kepada ahli PKAVM.
Khadijah bersama Sophia pada majlis penyerahan sumbangan keperluan asas kepada ahli PKAVM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia