Berita Harian

TGV buka lapan pawagam

-

TGV Cinemas bakal membuka semula lapan pawagam di beberapa negeri selepas pemansuhan Perintah Kawalan Pergerakka­n Bersyarat (PKPB) bermula 16 Disember ini.

Lapan pawagam yang akan memulakan kembali operasi ialah TGV Gurney Paragon dan TGV Bukit Mertajam, Pulau Pinang; TGV AEON Seri Manjung dan TGV AEON Taiping di Perak; TGV Mesra Mall, Terengganu dan TGV Vivacity Megamall serta TGV Permaisuri Imperial Mall, Sarawak.

Meskipun PKPB berakhir, TGV bagaimanap­un tidak berkomprom­i soal keselamata­n pelanggan.

Dalam kenyataan media, TGV memaklumka­n pengunjung boleh membuat tempahan tiket bermula 11 Disember ini bagi menyaksika­n filem Wonder Woman 1984 yang menjadi filem pertama ditayangka­n selepas PKPB.

“Kami akan memastikan keselamata­n pelanggan dititikber­atkan, meskipun arahan PKPB sudah ditarik balik. Kami sentiasa mematuhi langkah keselamata­n yang ditetapkan kerajaan demi kesihatan dan kesejahter­aan pengunjung,” katanya kenyataan berkenaan.

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ialah melarang pengunjung yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah memasuki pawagam. Pengunjung yang tidak memakai pelitup muka juga akan dihalang memasuki panggung wayang.

Pengunjung digalakkan mendaftar masuk menerusi aplikasi Mysejahter­a bagi memudahkan pawagam mengenal pasti pelanggan. Hanya penonton berusia 12 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan memasuki pawagam.

Penjarakan satu meter akan tetap dilaksanak­an di tempat yang memerlukan pelanggan beratur. Kaunter juga dibuka secara selang seli demi keselamata­n pelanggan. Selain itu, pelanggan juga digalakkan membuat transaksi secara atas talian.

Sanitasi juga dilakukan sebanyak tiga kali sehari khususnya di tempat yang sering disentuh pelanggan, malah alat sanitasi turut disediakan sekitar pawagam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia