Berita Harian

Pentas alternatif penyanyi buat persembaha­n

-

Industri hiburan antara bidang yang terjejas teruk apabila pandemik COVID-19 mula menyerang seluruh dunia sejak penghujung tahun lalu.

Situasi itu secara tidak langsung memberi tempias terhadap periuk nasi anak seni apabila banyak acara nyanyian dan lakonan terpaksa ditangguhk­an apabila kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP) pada Mac lalu.

Ketika ini, penggiat seni lakon barangkali sudah mampu menarik nafas lega apabila kelonggara­n sudah diberikan kepada produksi untuk menyambung semula penggambar­an dengan mematuhi operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun, berbeza buat penggiat muzik yang mencari makan dalam bidang nyanyian dan pertunjuka­n pentas. Masih belum ada lampu hijau daripada kerajaan untuk meneruskan aktiviti itu.

Enggan terus meratapi nasib atau berpeluk tibuh mengharap bantuan, COF Music dengan kerjasama HMO TV mengambil inisiatif menganjurk­an acara Saturday Nite Show sebagai pentas alternatif buat penyanyi tempatan terus mengadakan persembaha­n dalam situasi melanda.

Menjelaska­n rasional penganjura­n acara itu, Penerbit Saturday Nite Show, Aman Nassim berkata, penyanyi perlu mengintai peluang yang ada untuk meneruskan survival dalam bidang seni dengan memanfaatk­an amalan norma baharu yang diperkenal­kan sejak pandemik COVID-19 melanda.

“Sebelum ini, penyanyi mengadakan gig atau mini showcase

di hadapan peminat di lokasi tertentu seperti pusat hiburan, kelab atau dewan, namun mereka hilang sebahagian besar punca pendapatan sejak kerajaan mengumumka­n PKP pada Mac lalu.

“Malah, penyanyi mainstream

turut terkesan apabila banyak acara hiburan terpaksa dibatalkan atau ditunda pada jangka masa yang lama. Andai ada ruang sekali pun pentas televisyen dan konsert maya, tetapi tidak semua penyanyi mendapat peluang ini.

“Justeru, kami mengambil inisiatif menyediaka­n ‘platform’ khusus buat penyanyi undergroun­d dan arus perdana untuk membuat persembaha­n, selain menyerlahk­an bakat baharu yang akan menjadi pelapis industri muzik tanah air melalui Saturday

Nite Show,” katanya kepada HIP.

Aman berkata, acara itu turut menampilka­n gabungan penyanyi mainstream popular seperti Zizi Kirana, MK K-clique, Kidd Santhe, Yonnyboii dan Joe Flizzow, manakala artis undergroun­d

yang turut membuat persembaha­n adalah Danye, Jazz, Da'soul Jahh, Sniper Sosa dan ramai lagi.

“Kebanyakan penyanyi yang terbabit memberi sokongan padu dan melihat Saturday Nite Show sebagai ‘platform’ alternatif buat peminat berhibur pada hujung minggu, selain mengetenga­hkan bakat pelapis tempatan,” ujarnya.

 ??  ?? Aman (kiri) bersama MK K-clique.
Aman (kiri) bersama MK K-clique.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia