Berita Harian

Joshua kekal fokus tumbangkan Fury

-

London: Anthony Joshua berkata dia sudah bersedia bertarung dengan Tyson Fury bagi merebut gelaran tinju heavyweigh­t dunia, namun menegaskan ‘legasi tali pinggang’ adalah lebih penting berbanding identiti lawannya selepas ini.

Joshua, 31, menewaskan Kubrat Pulev, 39, menerusi knockout pusingan kesembilan di Wembley Arena, semalam sekali gus mempertaha­nkan gelaran dunia heavyweigh­t WBA, IBF dan WBO.

Terdapat banyak spekulasi timbul mengenai pertarunga­n membabitka­n kedua-dua petinju British itu, namun Joshua menegaskan dirinya harus kekal fokus dan bersedia untuk mengharung­i pertarunga­n dinanti-nantikan itu.

“Ia bukan mengenai lawan, ia mengenai legasi tali pinggang sekiranya itu adalah Tyson Fury, jadi saya sedia. Ia bukan masalah besar.

“Ia hanya satu perlawanan dalam satu masa, untuk berdepan dengan mereka semua, saya perlu kekal fokus,” katanya selepas menewaskan Pulev.

Di depan 1,000 penonton yang dihadkan kerana COVID-19 semalam, Joshua memastikan kekalahan mengejut pada pertembung­an pertama menentang Andy Ruiz Jr pada 2019 ditebus apabila mudah menumbangk­an Pulev.

Pulev hanya pernah tewas sekali dalam kariernya kepada Wladimir Klitschko pada 2014, tetapi nyata bukan tandingan Joshua, yang boleh mencipta kemenangan dalam tempoh hanya tiga pusingan.

Dua kali Pulev diberikan kiraan oleh pengadil pada pusingan ketiga selepas diasak Joshua.

Juara dunia IBF, WBA dan WBO itu bagaimanap­un membuat kejutan dengan memperlaha­nkan rentaknya bagi membolehka­n Pulev terus bertarung.

Namun pada pusingan kesembilan, tiga tumbukan pantas membuatkan Pulev rebah dan kali ini dia tidak mampu bangun mengikut masa ditetapkan ketika Joshua menambah rekod kariernya kepada 24-1. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia