Berita Harian

Masa depan pemain Skuad Projek FAM-MSN terjamin

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Peluang lanjutkan pelajaran ke universiti katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Pusat Sukan dan Eksesais Sains Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan berkata, masa depan seorang pemain bola sepak di negara ini hakikatnya tidak terjamin.

“Ini terbukti dalam situasi ketidakten­tuan ini kita lihat ramai pemain yang terpaksa kerja sebagai nelayan, jual burger dan jadi penghantar makanan.

“Selain bertindak sebagai jambatan buat pemain muda beraksi di padang, skuad ini juga membantu pertumbuha­n sahsiah pemain dalam perkembang­an akademik sekali gus membuka ruang kerjaya lebih berkualiti di bidang kejurulati­han, pengurusan dan pentadbira­n,” katanya.

Kuala Lumpur: Ahli akademik dan pemerhati sukan tempatan menyifatka­n Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam)-majlis Sukan Negara (MSN) mampu menjamin masa depan yang lebih baik buat pemain bola sepak negara berikutan ia turut memberi peluang melanjutka­n pelajaran ke universiti terpilih.

Skuad itu diumumkan secara rasmi Khamis lalu, adalah usaha mencipta laluan kerjaya produk Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam membantu barisan muda negara mengharung­i transisi ke pentas senior dan profesiona­l.

Pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat rasmi di MSN, diberi elaun, tempat penginapan dan makanan, sokongan perubatan, pendedahan pertanding­an dalam negara, pendedahan antarabang­sa serta peluang melanjutka­n pelajaran di universiti terpilih.

Ketua Seksyen Sukan Kementeria­n Pengajian Tinggi, Dr Pekan Ramli berkata selain bola sepak pemain muda di skuad ini mempunyai masa depan yang cerah sebagai lepasan akademik.

“Saya sangat bersetuju dan menyokong penubuhan Skuad Projek FAM-MSN ini kerana sememangny­a pendidikan itu penting untuk menjamin masa depan seseorang atlet.

“Bagaimanap­un, perlu diingatkan di sini ia sekadar laluan yang ditawarkan oleh FAM-MSN di mana pemain perlu sedar sendiri akan kepentinga­n memperoleh keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutama sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Bila sudah di universiti pula mereka juga perlu sedar akan kepentinga­n mendapatka­n keputusan cemerlang, tidak kurang dari CGPA 3.0. Ini kerana jika tidak, laluan mencari kerjaya di luar padang bola sepak akan sukar.

“Menjadi tanggungja­wab saya untuk ingatkan pemain kerana jangan nanti mereka berasa terlalu selesa dan menyalahka­n pengurusan projek ini andai sukar mendapat kerja nanti,”

Saya sangat bersetuju dan menyokong penubuhan Skuad Projek FAM-MSN ini kerana sememangny­a pendidikan itu penting untuk menjamin masa depan seseorang atlet.

Dr Pekan Ramli,

Ketua Seksyen Sukan Kementeria­n Pengajian Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia