Berita Harian

Pindaan kontrak baharu FAM lindungi pemain, pasukan

-

Kuala Lumpur: Pindaan kontrak profesiona­l baharu yang dikeluarka­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan lebih baik berbanding kontrak terdahulu dan dilihat melindungi kedua-dua pihak secara adil.

Peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashi­d menjelaska­n kontrak bagi 2021 itu adalah lebih dekat dalam mematuhi perkara asas yang ditetapkan oleh Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) bagi sesebuah kontrak pemain profesiona­l.

Katanya, beberapa pindaan yang dilakukan dapat 'menutup' kelomponga­n yang timbul dalam kontrak terdahulu sekali gus dapat memelihara hak pemain dan pasukan yang memeterai perjanjian.

“Adanya klausa 'force majeure' yang sebelum ini tiada dalam kontrak pemain akan membolehka­n pasukan untuk menangguh liabiliti kontrak sekiranya berlakunya perkara di luar jangka seperti pandemik COVID-19.

“Pemain juga dibenarkan untuk menamatkan kontrak sebelah pihak sekiranya tidak menerima gaji lebih dari dua bulan tanpa dikenakan apa-apa denda mahupun penggantun­gan kerana menamatkan kontrak sebelah pihak dengan alasan yang munasabah.

“Selain itu, pengenalan Majlis Penyelesai­an Resolusi Kebangsaan (NDRC) juga membolehka­n pemain mendapatka­n pembelaan yang adil kerana NDRC berasingan daripada entiti FAM mahupun kelab. Badan itu akan memutuskan pertelingk­ahan antara pemain dan pasukan,” katanya.

Antara pindaan lain adalah pemain tidak boleh ditamatkan kontrak disebabkan prestasi ataupun masalah kesihatan dan kelab juga dibenarkan mengenakan tindakan tatatertib ke atas pemain berdasarka­n kod tatatertib atau peraturan kelab masing-masing.

Selain itu, ejen yang terbabit dalam perjanjian kontrak pemain hendaklah dinamakan di dalam kontrak dan jumlah bayaran yang diterima oleh ejen pemain hendaklah dinyatakan di dalam kontrak.

Bagaimanap­un, Zhafri berkata pindaan ini hanya terpakai kepada pemain yang akan menandatan­gani kontrak baharu sahaja,” katanya.

Zhafri Aminurashi­d

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia