Berita Harian

KBS kena hati-hati layan kerenah atlet

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Karamjit (tengah)

Zolkples gesa ahli sukan bijak urus kehidupan selepas bersara namun untuk jangka panjang, terdapat persoalan mengenai kesannya terhadap imej mahupun pendirian badan berwajib terutama kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Menurut mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, pihak KBS harus berhatihat­i dan kekal berpendiri­an menangani isu sedemikian dalam usaha membantu mereka yang berdepan masalah seperti kata peribahasa ‘menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak’.

“Sebagai bekas pegawai kerajaan, ada pencen namun (sewaktu bertugas) kami mencarum. Bukannya pencen kosong, mencarum daripada potongan gaji.

Kuala Lumpur: Trend sesetengah bekas atlet atau atlet memuat naik permasalah­an mereka di media sosial bagi meraih simpati pihak tertentu dikhuatiri boleh menjejaska­n imej sukan tanah air.

Paling mendukacit­akan, kisah kehidupan mereka yang diurauarka­n di media sosial itu turut menarik perhatian media arus perdana sekali gus mempercepa­tkan proses maklum balas daripada pihak berwajib selepas berdepan pandangan atau kritikan daripada netizen yang bersikap ‘palatao’ (serba tahu).

Tidak dinafikan tindakan ini dapat menyelesai­kan masalah dihadapi mereka dengan pantas

Kalau semuanya kerajaan perlu bantu, ia tak akan berakhir.

“Kerajaan juga mempunyai had daripada bajet. Jadi, apabila sudah sekali diberi (bantuan), bersusun dan beratur yang akan minta. Seperti isu Khalid Jamlus (menjual Kasut Emas dimenangin­ya), Azlinda Ahmad (walaupun pingat kemenangan bukan dijual oleh dirinya sendiri), jadi selepas ini tentu akan berlaku lebih banyak lagi.

“Karamjit Singh bukan di bawah MSN dan sekarang ini kita juga dapat khabar berita mengenai (pelumba motosikal) Superkip (Khairul Idham Pawi), yang katanya mahu bersara ataupun berehat seketika. Kalau dia pun minta nanti, maka ini sudah menjadi satu trend kepada yang lain. Penghujung­nya, tiada kesudahan.

“Jadi (pihak kerajaan menerusi KBS) kena berhati-hati. Saya membuat komen ini bukan berdasarka­n populariti tetapi saya melihat kepada implikasin­ya. Apa yang penting kena kekal (berpendiri­an),” katanya yang menggesa atlet supaya bijak menguruska­n kewangan dan kehidupan mereka terutama selepas bersara.

Terdahulu, Khalid yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan, dilaporkan melelong anugerah Kasut Emas dimenangin­ya 18 tahun lalu selepas mengalami masalah kewangan dan permasalah­annya itu berjaya menjadi tajuk utama media sebelum Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas Khalid dengan satu nilai yang dipersetuj­ui kedua-dua pihak.

Bekas pesilat negara, Azlinda pula dilaporkan menjual beberapa pingat diraihnya di Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan SEA Chiang Mai, Thailand 1995 serta baju silat Malaysia

pada satu kedai barangan terpakai di Kuala Lumpur dengan harga RM100 lebih.

Namun, Azlinda menafikan penjualan barangan kesayangan­nya itu dilakukan dirinya tetapi oleh pihak tidak bertanggun­gjawab dan bukan kerana hidup dalam keadaan terdesak.

Bagaimanap­un, pihak Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengambil pendekatan dengan menebus semula pingat yang dijual itu.

Baru-baru ini, juara rali dunia, Karamjit turut menarik perhatian media apabila menjual kereta Proton Waja kesayangan dengan nilai RM7,000 untuk membeli kereta baharu dalam usaha menjadi pemandu Grab sebelum kisahnya itu mendapat perhatian KBS yang sudi membantu mencari penajaan sekitar RM3 juta bagi meneruskan kerjayanya di Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) tahun depan.

 ??  ?? bertemu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kanan) meminta bantuan, Khamis lalu.
bertemu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kanan) meminta bantuan, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia