Berita Harian

Kembar 3 Tahun 1 teruja ke sekolah hari ini

Kaedah pembelajar­an bersemuka, PDPR perlu jalan seiring untuk murid menyesuaik­an norma baharu persekolah­an

- Oleh Mohamed Farid Noh, Mahani Ishak, Noor Hidayah Tanzizi, Hamzah Osman dan Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bh.com.my

Pontian: Tiga kembar lelaki dari Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, di sini yang digelar ‘Tiga Abdul’, tidak sabar untuk memulakan alam persekolah­an, hari ini.

Abdul Raqib, Abdul Raauf dan Abdul Rafik akan memulakan persekolah­an Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Raya, selepas mengikuti Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PDPR) sejak 20 Januari lalu.

Bapa mereka, Abdul Razak Abd Wahab, 41, berkata dia dan isteri, Susilawati Saharuddin, 36, lega apabila Kementeria­n Pendidikan (KPM) mengumumka­n sesi persekolah­an untuk murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua.

Katanya, ketika PDPR lalu, kerja sekolah kembar tiga yang juga anak keempat, kelima dan keenam daripada lapan beradik itu dipantau anak sulungnya, Rabiatul Adawiah, 17.

“Alhamdulil­ah, esok (hari ini) mereka bakal memulakan persekolah­an selepas sesi TADIKA tahun lalu hanya berlangsun­g beberapa bulan disebabkan COVID-19. Kami teruja sejak anak kembar tiga ini dilahirkan sehingga mereka ke TADIKA dan Tahun Satu.

“Malah, tiga beradik kembar juga tidak sabar sejak baju sekolah dibelikan minggu lalu. Walaupun teruja, saya tetap risau kerana mereka bersekolah ketika COVID-19 belum reda, namun guru sudah memberi pendedahan awal kepada murid baharu mengenai penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan atau memakai cecair pembasmi kuman.

“Kami juga risau kerana Abdul Rafik mengalami masalah cerebral palsy kedua-dua kakinya sejak lahir, sekali gus membataska­n pergerakan­nya,” katanya yang selalu berpesan kepada Abdul Raqib dan Abdul Raauf supaya sentiasa membantu Abdul Rafik.

Mengenai kos barang kelengkapa­n persekolah­an termasuk baju dan kasut, Abdul Razak berkata, dia membelanja­kan RM1,500 untuk ketiga-tiga anak kembarnya itu, merangkumi yuran sekolah termasuk sekolah agama, pakaian sekolah dan buku mereka.

Di Kuala Lumpur, kebanyakan ibu bapa memilih pasar raya besar bagi membeli persiapan akhir kelengkapa­n sekolah yang akan bermula hari ini dan 8 Mac, termasuk suri rumah, Bainah Tahir, 48, yang membuat persiapan untuk anak bongsunya, Nur Azra

Aina Mohd Izad, 12, dan seorang lagi anak di Tingkatan Empat.

“Saya biasa membeli dua pasang pakaian sesi pagi dan sekolah agama, sementara keperluan lain menggunaka­n pakaian lama yang masih elok.

“Cuma dalam suasana COVID-19 ini, pelitup muka pakai buang dan cecair pembersih tangan turut perlu dibelikan sekali,” katanya yang tinggal di Putra Height.

Tukang masak dari Ara Damansara, Nur Ena Zulkifli, 28, membelikan lima pasang pakaian untuk anaknya di Tahun Empat, manakala pemandu lori, Mohd Zaiman Ismail, 40, berkata beliau membeli dua pasang kelengkapa­n untuk dua anak di sekolah rendah, selain menggunaka­n pakaian lama yang masih muat dan tidak mahu membazir kerana perbelanja­an untuk seorang sekitar RM150 hingga RM200.

Di Manjung, Muhammad Hazid Khushairil Al Hajj Mohd Yunus, 7, mengakui tidak sabar memulakan persekolah­an dan bertemu rakan dalam Tahun Satu di SK Kampung Dato’ Seri Kamaruddin.

“Semua kelengkapa­n sudah sedia dan saya akan bangun awal esok (hari ini) untuk bersiap ke sekolah kerana sudah tidak sabar mahu jumpa cikgu dan kawan baharu,” katanya.

Ibunya, Azzita Aziz, 38, yang lega kerajaan membenarka­n sesi persekolah­an bermula kerana semua persiapan sudah dibuat sejak awal, berkata anaknya memang teruja ke sekolah walaupun sesi persekolah­an dalam norma baharu.

Sementara itu, Mohd Hafizee Arop, 35, berkata dia hanya membeli kasut sekolah untuk anaknya kerana semua kelengkapa­n sudah dibeli sebelum kerajaan mengumumka­n sekolah tidak dapat dibuka pada saat-saat akhir sebelum ini.

Di Langkawi, ibu sedang berpantang, Maimunah Din, 33, membuat persiapan persekolah­an secara ala kadar biarpun teruja anak sulungnya, Muhammad Hazim Firdaus Rizal, 8, dapat kembali ke sekolah semula selepas bercuti dan mengikuti PDPR hampir setahun.

“Alhamdulil­lah semua sudah bersedia dan dia (Muhammad Hazim) teruja untuk jumpa kawan-kawannya esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ayer Hangat.

Di Kota Bharu, ibu tunggal, Zuraini Mohd Yusof, 43, bersyukur menerima bantuan persekolah­an untuk empat anaknya, Muhammad Ammar Asyraff Abd Razak, 7; Nor Azuraz Alieya Maisarah,

17; Muhammad Aizat Hakimie, 15, dan Muhammad Amirul Zarfan, 12.

“Bantuan yang diberikan ini secara tidak langsung dapat meringanka­n beban yang ditanggung selepas bercerai dua tahun lalu dan bagi menyara keluarga saya hanya menjual makanan ringan seperti ayam goreng dengan pendapatan RM200 sebulan.

“Walaupun setiap anak memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM100 sebulan, ia digunakan untuk perbelanja­an persekolah­an mereka,” katanya ketika ditemui pada Program Back To School 2021 di Dewan Budaya Dato Zul Wisma, Seterpa, Peringat, semalam.

Bagi Mat Rifin Ya, 52, dia berterima kasih atas sumbangan kelengkapa­n persekolah­an yang diberikan itu, sekali gus dapat meringanka­n beban ditanggung selepas tidak dapat bekerja sejak dua tahun lalu kerana masalah saraf.

“Apabila tiga daripada lima anak bersekolah dipanggil menerima bantuan ini, saya sangat terharu dan gembira kerana masih belum buat apa-apa persediaan untuk persekolah­an anak. Saya pun perlu berjimat, hanya beli barangan perlu,” katanya yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU).

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Abdul Razak bersama isteri, Susilawati melayan Abdul Raauf, Abdul Raqib dan Abdul Rafik menyiapkan kelengkapa­n sekolah ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian, semalam.
(Foto BERNAMA) Abdul Razak bersama isteri, Susilawati melayan Abdul Raauf, Abdul Raqib dan Abdul Rafik menyiapkan kelengkapa­n sekolah ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian, semalam.
 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) ?? Muhammad Hazid Khushairil Al Hajj menyusun buku sebagai persediaan untuk sesi persekolah­an secara bersemuka hari ini.
(Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) Muhammad Hazid Khushairil Al Hajj menyusun buku sebagai persediaan untuk sesi persekolah­an secara bersemuka hari ini.
 ?? (Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) ?? Pengerusi Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma, Datuk Dr Zulkepli Mohamad memakaikan baju sekolah kepada Muhd Amirul Zafran pada Program Back To School 2021 di Seterpa, Peringat, Kota Bharu, semalam.
(Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) Pengerusi Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma, Datuk Dr Zulkepli Mohamad memakaikan baju sekolah kepada Muhd Amirul Zafran pada Program Back To School 2021 di Seterpa, Peringat, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia