Berita Harian

Fokus nyawa, kehidupan rakyat

Muhyiddin jamin mandat dikembalik­an sebaik penularan wabak ditangani

- Oleh Ahmad Naim Tahir bhnews@bh.com.my

Genap setahun pentadbira­n Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau kembali tekad utamanya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan, iaitu memikirkan apa yang harus dilakukan bagi melindungi rakyat daripada ancaman wabak COVID-19 yang menular ketika itu. Beliau yang juga Pengerusi PN mengakui soal nyawa dan kehidupan adalah isu pokok yang diberi tumpuan oleh kerajaan dan ia berterusan sehingga sekarang.

Muhyiddin ketika ditemu bual

Kuala Lumpur: Genap setahun pentadbira­n Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau kembali tekad utamanya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan, iaitu memikirkan apa yang harus dilakukan bagi melindungi rakyat daripada ancaman wabak COVID-19 yang menular ketika itu.

Sambil meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT, Ahli Parlimen Pagoh ini mengakui, pelantikan­nya bagi mengisi kerusi pemimpin tertinggi kerajaan adalah sesuatu yang tidak pernah diduga.

“Saya ingin memanjatka­n rasa syukur kepada Allah kerana genap setahun pentadbira­n PN yang saya pimpin sebagai Perdana Menteri, sesuatu perkara yang memang saya tidak duga, tetapi ini semua takdir daripada Allah. Waktu saya mula-mula memegang jawatan Perdana Menteri, kita tahu waktu itu kita berdepan dengan situasi yang agak luar biasa.

“Pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Justeru, saya duduk di kerusi Perdana Menteri, tugas saya yang pertama tidak lain tidak bukan untuk memikirkan apa harus saya lakukan sebagai ketua kerajaan supaya nyawa rakyat Malaysia dapat terpelihar­a dalam keadaan ancaman COVID-19 yang amat berbahaya.

“Jadi, tiap kali waktu dan masa yang saya ada, bersama dengan rakan-rakan dalam kerajaan, kami memikirkan soal pokok iaitu isu nyawa dan kehidupan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020, kira-kira sebulan selepas tiga kes pertama COVID-19 dilaporkan di Malaysia, masing-masing dua di Sabah dan satu kes di Selangor.

Virus kemudian terus menular ke seluruh negara sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytih­ar darurat kesihatan pada 31 Januari.

Menggalas tanggungja­wab amat berat yang dipikulnya dalam menangani krisis COVID-19, Perdana Menteri mengakui soal nyawa dan kehidupan adalah isu pokok yang diberi tumpuan oleh beliau dan anggota Jemaah Menteri yang berterusan sehingga sekarang.

“Kita ambil tindakan cepat yang luar biasa, seperti mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau kita tidak dapat nak uruskan masalah COVID-19, kesan kepada negara cukup besar, terutama soal ekonomi.

“Ramai orang terjejas, tiada pengecuali­an sekali pun, kita di sini dan di luar sana, rakyat biasa, orang berada atau peniaga, pemilik warung, tidak terkecuali. Jadi, paling utama ialah bagaimana nak uruskan masalah COVID-19,” katanya lagi.

Tidak menunggu lama, pelan dirangka, bantuan dalam pelbagai bentuk, sama ada kewangan atau moratorium bagi meringanka­n beban rakyat yang terjejas akibat COVID-19 dilulus dan disalurkan, tindakan bagi melindungi kesihatan dan menangani pandemik dilaksanak­an.

Pekerja semua sektor, peniaga warung atau restoran, pesawah dan peladang, usahawan dan pekilang, semua menerima bantuan kerajaan. Pakej rangsangan bernilai lebih RM300 bilion diluluskan, sektor pendidikan, sosial, keselamata­n, semuanya dapat bantuan.

Bagi memutuskan rantai pandemik dan memberi perlindung­an kesihatan, perolehan vaksin dibuat dengan belanja berbilion ringgit, malah tegas Perdana Menteri, kerajaan bersedia menambah peruntukan jika ia diperlukan lagi selepas ini.

“Jangan tanya belanja untuk vaksin, berbilion ringgit dan saya tidak pernah persoalkan. Kalau minta RM1 bilion, saya bagi kerana ini nyawa rakyat,” kata Muhyiddin.

Segala keputusan yang dibuat dan pelan yang dilaksanak­an dilihat berkesan dalam menangani, mengurus dan mewujudkan imbangan di antara keperluan menjaga kesihatan dan melindungi ekonomi, selain meringanka­n beban kewangan rakyat yang terjejas.

Usaha kerajaan dengan sokongan pentadbira­n dan kerjasama rakyat, membolehka­n pengurusan COVID-19 sepanjang tempoh setahun lalu mencapai kejayaan agak membanggak­an dengan kesannya kepada ekonomi tidak seburuk seperti dijangkaka­n.

“Saya rasa kalau buat seorang, tidak boleh berjaya. Pegawai kerajaan sahaja buat, tidak boleh berjaya, tetapi dengan gandingan kerajaan, rakyat, pegawai dan semua pihak, kita boleh berjaya kerana ini dipanggil pendekatan keseluruha­n masyarakat, bukan keseluruha­n kerajaan sahaja,” kata Muhyiddin.

Disokong dengan pelbagai bantuan disalurkan kerajaan, sektor perbankan dan dana persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rakyat dan sektor perniagaan yang terhimpit akibat penularan pandemik, boleh menghela nafas lega.

“Macam-macam cara bantuan, secara langsung, bantuan terkini, dalam PERMAI (Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia), bakul (Bakul Makanan), istilah yang membawa maksud memberi bantuan makanan, bantuan wang tunai, modal berniaga.

“Sekarang kita sudah buka hampir semua ekonomi kita, kecuali satu dua sahaja seperti panggung wayang, spa kerana kita takut kesan (COVID-19), tetapi hampir 95 peratus, sudah kita buka,” kata Perdana Menteri lagi sambil menambah, kerajaan turut mengunjurk­an pertumbuha­n positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Kejayaan menguruska­n segala krisis dengan berkesan bagaimanap­un seperti tidak dipedulika­n oleh lawan dalam politik, namun segala kritikan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparka­n juga berjaya diuruskan Muhyiddin dengan tenang.

Dari hari pertama dilantik menerajui kepemimpin­an negara dan dalam kesibukan menguruska­n krisis COVID-19 serta ekonomi, beliau tidak pernah dilihat ‘melatah’ dengan gangguan atau serangan yang dilancarka­n parti lawan atau oleh seteru dalam PN sendiri.

Jangan tanya belanja untuk vaksin, berbilion ringgit dan saya tidak pernah persoalkan. Kalau minta RM1 bilion, saya bagi kerana ini nyawa rakyat.

Desakan supaya Parlimen dibubar bagi membolehka­n pilihan raya umum (PRU) diadakan tidak pernah terhenti, tuduhan bahawa Perdana Menteri menasihatk­an Yang di-pertuan Agong mengisytih­ar darurat demi kepentinga­n peribadi untuk melindungi jawatan disandang, juga terus didendang.

Penjelasan demi penjelasan diberikan bagi menjawab tuduhan yang dilemparka­n, bukan sahaja oleh wakil kerajaan tetapi juga oleh pihak berkecuali yang tiada kepentinga­n, oleh pakar undang-undang dan Perlembaga­an, namun sudah namanya musuh politik, semua itu tidak dipedulika­n.

Pertengaha­n Januari lalu, kerajaan mengumumka­n Yang di-pertuan Agong berkenan mengisytih­ar darurat sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh lebih awal jika angka kes positif COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan, bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera atau pelaksanaa­n perintah berkurung.

Susulan itu, Jawatankua­sa Khas Bebas Darurat 2021 ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, dipengerus­ikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria dan dianggotai wakil parti politik kerajaan serta pembangkan­g, pakar kesihatan awam, tokoh pendidikan, kesihatan, keselamata­n, ketenteram­an awam, pentadbira­n awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

Jawatankua­sa itu berperanan menasihati Yang di-pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatann­ya.

Bagi Muhyiddin, beliau hanya menunaikan amanah dan tanggungja­wab besar selepas dilantik memimpin kerajaan, melakukan apa difikirkan terbaik untuk negara dan kira-kira 30 juta rakyat.

“Walaupun saya tidak dipilih menerusi PRU (Pilihan Raya Umum) seperti biasa dan mendapat mandat, tetapi disebabkan krisis, saya dilantik. Jadi yang menjadi pendorong saya ialah rasa tanggungja­wab dan amanah yang mesti saya tunaikan,” katanya.

Kepada desakan meminta Parlimen dibubar dan PRU diadakan, beliau memberi jaminan mandat akan dikembalik­an kepada rakyat sebaik pandemik COVID-19 tidak lagi mengancam.

“Yang mustahak, kita selesaikan ini (krisis COVID-19) dulu. Bila selesai, saya tidak mahu tunggu sehari pun, balik semula ke keadaan asal, bukan kita bimbang apa-apa pun. Itu paling mustahak,” katanya.

Perdana Menteri turut mengulas strategi dan perancanga­nnya untuk memberikan lebih tumpuan ke arah perkara yang mempunyai hubung kait dengan rakyat, ekonomi dan perniagaan, selain usaha menangani jurang perbezaan pembanguna­n antara negeri termasuk Sabah serta Sarawak serta hubungan antarabang­sa.

Harapan beliau, Malaysia akan kembali seperti dulu, malah lebih daripada itu dengan menjadi sebuah negara cemerlang, gemilang dan mencatatka­n kemajuan pembanguna­n yang lebih hebat.

“Itu komitmen saya untuk menjalanka­n tanggungja­wab, menentang rasuah, tidak mencampuri sebarang urusan mahkamah dan buat yang terbaik bagi negara,” katanya tidak lupa berterima kasih kepada seluruh rakyat yang kekal bersatu dalam mengharung­i pandemik COVID-19 selama ini.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

Saya lihat, perpaduan dalam kalangan rakyat juga tidak terjejas disebabkan masalah yang kita hadapi. Itu bagi saya perhatian yang utama saya berikan dari peringkat awal lagi, waktu saya mengambil teraju negara.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

Hari ini, genap setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir Putrajaya. Namun, tempoh 12 bulan sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan bukan satu tugas mudah, sebaliknya dipenuhi gelora apabila terpaksa berdepan krisis kesihatan akibat penularan COVID-19 yang mengancam kesihatan dan ekonomi, selain gangguan serta serangan politik yang tidak pernah terhenti. Berbekalka­n pengalaman lebih empat dekad dalam kerajaan, Ahli Parlimen Pagoh ini tenang menguruska­n Malaysia, menangani segala krisis yang tiba, berterusan memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara. Dalam wawancara khas bersama media, Perdana Menteri menerangka­n perancanga­n serta harapannya terhadap masa depan negara dan rakyatnya.

Soalan (S): Tan Sri mengambil alih teraju kepemimpin­an ketika Malaysia berdepan keadaan sukar akibat COVID-19. Bagaimana Tan Sri membuat pilihan dari segi keutamaan dalam jentera pentadbira­n negara?

Jawapan (J): Pertamanya, saya ingin memanjatka­n rasa syukur kepada Allah kerana genap setahun pentadbira­n PN yang saya pimpin sebagai Perdana Menteri. Sesuatu perkara yang memang saya tidak duga, tetapi ini semua takdir daripada Allah. Waktu saya mula-mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, kita tahu waktu itu kita berdepan dengan suatu situasi yang agak luar biasa, iaitu masalah pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Justeru, saya duduk di kerusi Perdana Menteri, tugas saya yang pertama tidak lain tidak bukan untuk memikirkan apa yang harus saya lakukan sebagai ketua kerajaan supaya nyawa rakyat Malaysia dapat terpelihar­a dalam keadaan ancaman wabak COVID-19 yang amat berbahaya. Jadi, tiap kali waktu dan masa yang saya ada, bersama dengan rakan dalam kerajaan, kami memikirkan soal pokok iaitu isu nyawa dan kehidupan. Oleh sebab itu, kita ambil tindakan cepat yang luar biasa, seperti mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siapa boleh duga kita kenakan PKP, tetapi disebabkan rakyat sedar bahaya yang melanda negara dan dunia, rakyat menerima baik saya kira, walaupun dalam keadaan yang tidak berapa faham apa PKP itu? Saya nyatakan, kalau kita tidak dapat hendak uruskan masalah COVID-19, kesan kepada negara cukup besar, terutama soal ekonomi. Ramai orang terjejas, tiada pengecuali­an sekali pun, kita di sini dan di luar sana, rakyat biasa, orang berada atau peniaga, pemilik warung, tidak terkecuali. Jadi, yang paling utama ialah bagaimana nak uruskan masalah COVID-19. Kita bentuk jawatankua­sa di bawah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang bersidang hampir setiap hari.

Di belakang saya ini (bilik temu bual), ada skrin di mana kalau tidak di rumah, waktu saya kena kuarantin di sinilah saya bersidang atau di pejabat, sidang video dan sebagainya. Itu perkara paling utama, iaitu agenda untuk uruskan masalah COVID-19 dan rakyat yang terkena dengan kesan ekonomi buruk ini. Pada masa sama, Alhamdulil­lah pentadbira­n kerajaan saya lihat berjalan seperti biasa, penjawat awam, saya ingin nyatakan rasa bangga kerana komited, mereka tahu apa yang dihadapi.

Selain itu, kita hendak lihat keselamata­n negara kekal, jangan diancam. Bukan disebabkan wabak, tetapi ancaman dari dalam atau luar negara, jadi negara selamat. Saya lihat, perpaduan dalam kalangan rakyat juga tidak terjejas disebabkan masalah yang kita hadapi. Itu bagi saya perhatian yang utama saya berikan dari peringkat awal lagi, waktu saya mengambil teraju negara.

Terbuka, telus urus COVID-19

S: Menjengah hampir setahun, apa harapan Tan Sri dalam usaha menangani COVID-19 menerusi ketibaan vaksin?

J: Dari awal hingga hampir setahun, walaupun kita tidak bermula dengan pengalaman kerana tiada sejarah keadaan sebegini, tetapi setahun mengajar kita, kerajaan dan rakyat mengenai apa yang kita perlu kita lakukan untuk tangani masalah COVID-19. Alhamdulil­lah, walaupun kita kenakan pelbagai kawalan, prosedur operasi standard (SOP), tetapi langkah sebegitu dapat mengawal.

Kalau kita bandingkan negara lain, contoh United Kingdom (UK) yang mempunyai penduduk hampir dua kali ganda daripada Malaysia, tetapi kes sehari di UK hampir 40,000, berbanding di Malaysia paling tinggi 5,000 kes, biasanya sekitar 1,000 hingga 3,000 kes. Kes kematian, Malaysia paling rendah, berbanding UK atau negara lain.

Di sana, hampir berpuluh ribu meninggal, di sini hanya 1,000 lebih. Maka, ia paling utama bagi saya dan selepas setahun, dalam keadaan agak berubah-ubah, ada dua perkara penting yang saya hendak tegaskan mengenai masalah pengurusan COVID-19.

Pertama, kita sudah mengumpul banyak data, kes di mana, kluster dalam masyarakat, kita sudah tahu dan dilaporkan setiap hari. Ini kerana kita mengamalka­n sikap terbuka dan telus, tiada yang kita lindungi atau sorok data sebab kita hendak beritahu rakyat apa kedudukan sebenar.

Kedua, pertimbang­an kita berdasarka­n sains, maksudnya mengapa kena buat sesuatu langkah itu? Mungkin umum ada yang faham, ada yang tidak faham, tetapi keputusan yang kita ambil sekarang, selepas setahun dilihat sudah agak lebih berkesan dalam menangani dan menguruska­n masalah ini, malah penerimaan rakyat terhadap langkah ini dilihat baik secara majoriti. Ada juga mereka yang tidak mematuhi.

Sebab itu, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bawah Kementeria­n

Kesihatan (KKM) agak penting, di mana jika melakukan kesilapan, ada undang-undang yang dikuatkuas­akan. Contoh, kena kompaun, itu juga sudah dibuat atau langkah lain seperti mengambil tindakan menutup kilang dan sebagainya. Kita lihat juga data dan kes, apa sebab ia (jangkitan) berlaku, contohnya tempat kerja atau kediaman pekerja. Jadi, kita tahu, bila kita buat satu keputusan, ia berdasarka­n data dan fakta sains. Maka langkah seperti ini mula menunjukka­n keberkesan­an.

Peningkata­n kes hanya berlaku di satu, dua tempat, contoh di kilang mencanak sehingga 1,000 kes tetapi tidak merebak keluar. Dari satu sudut, kita sudah agak berjaya untuk uruskan masalah COVID-19, selain melihat kesan ekonomi yang semua terkesan. Kita hendak imbang di antara COVID-19 dan ekonomi. Kalau tutup (perniagaan), ekonomi akan runtuh. Kalau buka pula, COVID-19 akan melanda, jadi bagaimana hendak seimbangka­n? Kita bincang setiap hari, saya tidak pernah pengerusik­an mesyuarat, sebagai Perdana Menteri, tiap-tiap hari bersidang.

Saya tidak fikir ada di dunia yang Perdana Menteri pengerusik­an mesyuarat walaupun menteri hadir. Berpindah daripada mesyuarat MKN COVID-19 ke MKN Darurat dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) untuk menguruska­n masalah itu dan bincang cara untuk bantu rakyat seperti kita buat setakat.

S: Dari skala 1 hingga 5, skala mana Tan Sri berikan sebagai penilaian prestasi pentadbira­n kerajaan PN. Apakah pencapaian paling dibanggaka­n Tan Sri dalam memimpin pentadbira­n kerajaan sepanjang tempoh setahun ini?

J: Saya tidak boleh katakan saya capai skala lima, nanti rakyat kata ‘alah’. Yang penting, rakyat buat penilaian, sama ada kerajaan ini sejak dari awal mentadbir negara sudah mengambil langkah yang perlu dan sesuai untuk menentukan supaya perkara utama yang perlu diberikan perhatian, tidak

diabaikan. Kedua, ada kesan yang agak positif untuk rakyat, contoh soal COVID-19. Sampai sekarang, bagaimana (pengurusan)? Sudah ada vaksin, saya orang pertama yang terima vaksin. Kita alami masalah besar, bukan saja kita, dunia.

Bukan soal masalah hendak mengurus, (tetapi) apa penyelesai­an? Mungkinkah vaksin ini akan menjadi jawapan kepada masalah kita? Harapan saya begitu. Ia pada saya satu kejayaan besar dan kita sudah laksanakan. Jangan tanya belanja untuk vaksin, berbilion ringgit dan saya tidak pernah persoalkan. Kalau minta RM1 bilion, saya bagi kerana ini nyawa rakyat, kalau rakyat mati seorang, bagi saya, ia kerugian besar kepada saya, saya hendak rakyat hidup.

Kalau di negara lain, memilih (kemasukan pesakit ke hospital) kerana tiada kapasiti, hospital, doktor dan ubat tidak mencukupi. Jadi, terpaksa ambil (pesakit) ini saja. Tetapi di Malaysia, setiap nyawa penting. Jadi, ditanya mana kedudukan kita? Bagi saya, agak baik. Kalau ada yang kata Abah ini terbaik, tidak mengapalah. Itu rakyat yang buat penilaian, tetapi yang penting, apa kerajaan buat? Bagi saya, tiada sesuatu yang tertinggal dan tercicir.

Biar rakyat rasa, biarpun dia seorang individu, berniaga di warung, kita ambil perhatian, tidak perlu sebut untuk bantuan pakej rangsangan yang sudah keluar lebih RM300 bilion. Masa pentadbira­n terdahulu RM20 bilion, pentadbira­n sekarang lebih RM300 bilion, tetapi rakyat kata tidak cukup lagi. Saya duduk dengan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), saya cuba hendak bayangkan, kalau ada lagi (bantuan), kita bagi lagi kerana rakyat di bawah menghadapi masalah besar.

Jadi bagi saya, tempoh setahun ini pencapaian kita agak memuaskan, pentadbira­n berjalan dengan baik. Kita tidak terlepas pandang apa-apa perkara utama, termasuk soal pendidikan, sosial, kesihatan, ekonomi sudah tentu, keselamata­n, perpaduan. Ini perkara penting dalam negara, kita tidak terlepas pandang, cuma penekanan terhadap bidang mana hendak diberikan perhatian, ini sedang kita buat dan lakukan sekarang.

Usaha bersama kerajaan, rakyat bawa kejayaan S: Apa pandangan Tan Sri mengenai penerimaan rakyat terhadap semua inisiatif kerajaan ekoran pandemik COVID-19?

J: Kita buat tinjauan, hampir selalu, menganalis­is setiap perkara yang berlaku. Saya fikir, umumnya mereka berpuas hati, umpama dalam soal pengurusan COVID-19, tetapi ada dalam sesetengah perkara apabila kes COVID-19 melonjak sedikit, dia tak suka. Menerusi media, kita dapati (maklum balas) perkara ini. Kes turun saja, dia suka, tetapi saya fikir, ambil tempoh sepanjang tahun ini, rakyat akan rasa lebih selesa dan selamat, itu penting bagi saya.

Keduanya, kehidupan mereka. Adakah mereka ada makanan di atas meja? Itu penting, jangan rakyat Malaysia kebulur tidak makan. Itu saya rasa kalau berlaku, saya gagal. Sebab itu, kita ada macam-macam cara bantuan, secara langsung, bantuan terkini, dalam PERMAI (Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia), bakul (Bakul Makanan), istilah yang membawa maksud memberi bantuan makanan, bantuan wang tunai, modal berniaga.

Sekarang kita sudah buka hampir semua ekonomi kita, kecuali satu dua saja seperti panggung wayang, spa kerana kita takut kesan (COVID-19), tetapi hampir 95 peratus, sudah kita buka. Bagi saya, rakyat sewajarnya bersyukur, bukan kerana kerajaan bertindak sebegini, tetapi ini ialah usaha bersama.

Saya rasa kalau buat seorang, tidak boleh berjaya. Pegawai kerajaan saja buat, tidak boleh berjaya, tetapi dengan gandingan kerajaan, rakyat, pegawai dan semua pihak, kita boleh berjaya kerana ini dipanggil pendekatan keseluruha­n masyarakat, bukan keseluruha­n kerajaan saja. Saya berpendapa­t, daripada tinjauan yang kita buat berulang kali, umumnya rakyat berpuas hati dengan langkah kerajaan. Sebagai Perdana Menteri, saya fikir mereka memahami, dalam keadaan susah, tetapi kita cuba buat sehabis baik untuk mereka. Itu saya fikir.

Perkemas sistem bantu rakyat S: Apa hala tuju dan pencapaian yang bagaimana diinginkan kerajaan PN dalam bentuk menyalurka­n bantuan kepada rakyat? J: Hari itu, saya pengerusik­an mesyuarat EAC, saya suruh bentang mengenai hala tuju bantuan kepada rakyat dan bantuan sosial.

Kita dapati masalah negara sekarang, antara lain disebabkan COVID-19, kesan kepada rakyat amat besar. Dulu kita panggil golongan isi rumah B40 (golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah), saya jangka ia sudah jadi B50. Ada dulu golongan isi rumah berpendapa­tan M40 (golongan berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n), mungkin kekal kerana 10 peratus daripada golongan isi rumah berpendapa­tan T20 (golongan berpendapa­tan 20 peratus teratas) sudah turun jadi M40.

Ini satu krisis yang harus diakui, bukan kerana perbuatan saya, tetapi disebabkan masalah yang negara hadapi. Jadi kita kena fokus, bagi tempoh akan datang ini, terutama dari sekarang, sementara kita membantu yang lain untuk pulih, kita harus melihat kumpulan masyarakat yang paling terjejas. Bentuk bantuan sudah bagi banyak, berbilion ringgit, masih terus diberikan.

Sekarang sudah mula bayar bagi peringkat awal, tetapi tidak cukup membantu. Jadi strategi saya ambil sekarang, melihat kepada soal ini, bagaimana hendak tangani masalah kemiskinan? Ada dua kategori, kemiskinan bandar, kemiskinan luar bandar. Pada zaman dulu, kemiskinan luar bandar lebih ketara kerana orang di bandar dapat wang lebih.

Sekarang, kemiskinan di bandar lebih berat kesannya berbanding luar bandar kerana tidak tampung sara hidup. Hampir 52 peratus daripada keseluruha­n kemiskinan berlaku di bandar kerana sebahagian mereka terlepas pandang kerana sistem data kita tidak kemas. Orang miskin tidak masuk dalam rekod, lepas itu, apabila orang itu sudah dapat bantuan sekali, dapat dua, tiga, ada yang tidak dapat langsung. Ini yang saya dapati dalam sistem yang perlu kita perkemaska­n. Tetapi umumnya yang lain, bagaimana hendak pulihkan ekonomi tatkala kita uruskan masalah COVID-19? Seperti sekarang, sektor pelanconga­n hampir tidak boleh bergerak kerana sekatan rentas negeri.

Ada sekali dulu kita buka, sekali naik atas lebuh raya, penuh dengan orang, saya pun sudah seronok, tetapi sekarang mencanak semula (kes COVID-19). Maka kita tutup, rentas daerah, rentas negeri tidak boleh. Menteri Pelanconga­n (Datuk Seri Nancy Shukri) jumpa saya, Tan Sri, tolong buka (sekatan rentas negeri). Memang kita prihatin hendak buka, tetapi KKM kata nanti dulu. Jadi, kita hendak tengok bagaimana kerana sektor ini paling teruk terjejas.

Mengikut unjuran, ia akan mengambil masa dua hingga empat tahun baru dapat pulih. Hotel sudah tutup. Sebab itu saya maklumkan dengan Datuk Ismail (Menteri Kanan Keselamata­n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), dia sudah umum semula, hotel tidak pernah diarah tutup, bukalah, kalau orang hendak datang duduk, makan, kita benarkan. Kita tidak boleh bertahan lama sangat sehingga ekonomi kita menjadi begitu lemah,

Justeru, jika ditanya apa langkah hadapan, ini sebahagian­nya. Selain itu, kita hendak tarik pelaburan, kajian yang kita buat adalah apa yang rakyat bimbang, sama ada dia bangun pagi, dia ada kerja lagi atau tidak? Rakyat fikir ‘adakah saya masih ada kerja’ kerana esok datang pejabat, majikan kata, anda terpaksa kami lepas (berhentika­n). Mengapa? Sebab syarikat kita rugi. Jadi, saya kena ambil kira ini, bukan saja soal makro, iaitu berkaitan pembanguna­n, pertumbuha­n, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita menguncup, saya harap ia akan meningkat.

Bagaimana hendak buat? Mesti ada pelaburan masuk, industri mesti bergerak semula, eksport mesti meningkat, saya faham. Itu soal ekonomi. Kemudian sektor lain, pembuatan, perkilanga­n, pembanguna­n, pembinaan, pertanian. Semua sektor ini mesti berkembang, tetapi semua terjejas. Jadi, perlahan-lahan, kita kena teliti perkara ini dan rangka corak pengurusan. Ia lebih daripada soal makro, sebaliknya pengurusan mikro, setiap sektor ekonomi. Ini yang kita sudah mula buat sekarang.

Pinda sistem, buang kerenah birokrasi S: Apa lagi fokus kerajaan selain Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)?

J: Fokus kita mulai sekarang, semua sektor rancak semula, tetapi segelintir mungkin berdepan masalah dengan bank, ini pengurusan mikro dan kita perlu minta bank tolong, beri moratorium (penangguha­n bayaran balik pinjaman), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (bantuan i-lestari dan i-sinar). Jadi, kita hendak tengok sektor utama ekonomi, kita hendak gerakkan semula.

Bidang sosial, pendidikan antara terjejas teruk, tetapi kita sudah buka atau sektor lain. Ini saya fikir agak penting supaya kita berikan perhatian dan tumpuan. Kementeria­n sudah diarah untuk berikan tumpuan lebih ke arah perkara yang mempunyai hubung kait dengan rakyat, ekonomi dan perniagaan. Contoh, kalau terlalu banyak kerenah birokrasi, hendak dapatkan kelulusan memakan masa berbulan atau bertahun, ini akan menggagalk­an usaha kita. Jadi sampai ke peringkat itu.

Saya sudah arahkan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Zuki Ali) sebagai contoh, kalau ada kerenah birokrasi yang menyebabka­n kelewatan seperti dibuat pada zaman biasa dan tidak boleh pakai zaman sekarang, kena pinda atau kalau tidak perlu, buang supaya proses itu dapat berjalan dengan cepat.

Ini antara langkah drastik yang kita sedang ambil, bukan saja pada peringkat Persekutua­n, tetapi juga peringkat negeri, menteri besar bersama membantu supaya apa saja isu rakyat, kita perlu selesaikan segera. Ini kerana rakyat tidak boleh tunggu, sehari penantian amat menyeksaka­n bagi mereka. Mereka tidak boleh tunggu lama kerana bila esok masih tiada (bantuan), mereka sudah jatuh miskin, susah, berniaga terpaksa tutup, hendak buka balik bukan senang, semua ini saya faham. Walaupun kita sudah ada dasar menerusi WKB bagi mencetuska­n keseimbang­an antara pengagihan kekayaan dalam kalangan rakyat, sama ada Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak, penting untuk tentukan tiada sebuah negeri lebih maju, manakala negeri lain mundur. Sabah dan Sarawak juga mesti diberi layanan sama adil, sebab itu saya wujudkan menteri menguruska­n soal Sabah, Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kita teliti halus, sebahagian sudah kita setuju bersama. Justeru, saya berusaha sehingga peringkat sedemikian bagi menentukan kita dapat bangkit cepat daripada itu dan mengikut unjuran, penggal kedua atau ketiga, ada peningkata­n dari segi pertumbuha­n KDNK, insya-allah.

Kurangkan jurang perbezaan antara negeri S: Sejauh mana Sabah dan Sarawak diberikan perhatian sewajarnya dalam tempoh setahun yang lalu?

J: Ketika saya bentuk Kabinet pun, saya fikir ini perkara utama, maka saya lantik Datuk Seri Maximus Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak). Saya mulakan mesyuarat khas bersama Ketua Menteri (Sabah dan Sarawak) untuk bincangkan MA63. Saya sudah selesaikan masalah PETRONAS di Sarawak berkaitan tuntutan dan persetujua­n bersama, saya sedang runding dengan Sabah.

Itu antara langkah yang sudah kita buat, tetapi itu perkara yang agak induk dalam MA63. Masalah dan hakikatnya, Sabah dan Sarawak agak masih jauh ketinggala­n, itu saya akui. Sebab itu, saya tubuhkan satu kementeria­n untuk menjaga perkara itu, contohnya isu kemiskinan. Sabah dan Sarawak masih dikatakan antara negeri yang mempunyai jumlah orang miskin yang ramai. Soal infrastruk­tur, siapa yang biasa pergi sana? Jalan, pasal dia negeri besar, Sabah lebih besar daripada tiga, empat negeri di Semenanjun­g. Sarawak lagi besar.

Jadi, ada masalah dari segi hubungan. Mengenai isu kesalinghu­bungan seperti capaian internet, ada cerita belajar sampai perlu naik pokok hendak dapat internet. Ini masalah juga kerana dalam dunia moden, dari segi soal pembelajar­an dan teknologi, ini penting supaya hendak permudahka­n e-dagang, bagi memudahkan orang jual hasil. Ia memerlukan teknologi internet dan sebagainya, maka itu pun kita ambil kira.

Bagi saya, langkah sudah kita ambil kira, tetapi banyak lagi yang perlu dibuat, bagi meletakkan Sabah dan Sarawak setara dengan Semenanjun­g. Di Semenanjun­g pun, ada negeri yang masih ke belakang, berbanding negeri lain. Ini antara isu yang sudah berlaku sejak dulu, saya warisi, tetapi kita kena cari jalan dalam pentadbira­n PN, bagaimana kita hendak kurangkan jurang perbezaan seperti kita sebutkan dalam dasar WKB.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? (Foto BERNAMA) ?? pengarang media sempena setahun pentadbira­n kerajaan PN, baru-baru ini.
(Foto BERNAMA) pengarang media sempena setahun pentadbira­n kerajaan PN, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia