Berita Harian

Ikut fasa ditetapkan untuk suntik vaksin, tiada siapa boleh potong giliran

Bukan wakil rakyat tak dibenar jadi penerima fasa pertama

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat, tidak boleh menjadi pe- nerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, menegaskan perkara itu berikutan ada golongan ‘VVIP’ didapati mahu disenaraik­an dalam fasa pertama terbabit.

Malah, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menyaranka­n supaya wakil rakyat mengambil vaksin berkenaan secara berperingk­at.

“Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini, VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.

“Untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingk­at. Ada negeri bagi semua EXCO one shot (sekali gus). Tidak bagus,” katanya melalui hantaran dalam Twitter beliau, semalam.

Mengulas dakwaan berlaku tindakan potong giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 membabitka­n pegawai tertinggi kerajaan negeri pula, Khairy berkata, beliau memandang serius isu berkenaan.

Justeru, katanya, perkara itu sudah dimaklumka­n kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Khairy sekali gus menyaranka­n supaya individu yang ada maklumat supaya tampil menyalurka­nnya terus kepada beliau untuk membolehka­n siasatan lanjut dilakukan.

“Saya pandang sangat serius isu queue jumper (lompat giliran). Saya memaklumka­n perkara ini kepada @Dghisham (Dr Noor Hisham) agar tiada pemotongan queue (giliran).

“Whistleblo­wer (pengadu) boleh hantar e-mel secara anonymous (tanpa nama) terus kepada saya: kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran balas kepada isu dibangkitk­an seorang doktor perubatan menerusi Twitter, semalam.

Khairy turut kongsikan hantaran oleh individu itu dikenali sebagai Dr Rafidah Abdullah yang mendakwa menerima mesej mengenai isu potong giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Hantaran mesej dikongsika­n Dr Rafidah menunjukka­n satu tangkap layar dakwaan seorang individu tanpa nama berhubung isu potong giliran dikatakan berlaku di Kelantan membabitka­n pegawai kerajaan negeri berpangkat tinggi.

Individu itu mendakwa giliran petugas barisan hadapan yang sudah disenaraik­an lebih awal, terpaksa ditangguh berikutan tindakan pegawai berkenaan.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Petugas kesihatan menjalani proses kelima, iaitu pemerhatia­n selepas selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-biontech di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Petugas kesihatan menjalani proses kelima, iaitu pemerhatia­n selepas selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-biontech di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia