Berita Harian

Tan Sri, Datuk disyaki dalang utama kartel dadah berselindu­ng di sebalik perniagaan

JSJN Bukit Aman kumpul bukti sebelum buat tangkapan

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengenal pasti tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk yang disyaki dalang utama kartel dadah antarabang­sa yang berpangkal­an di negara ini.

Siasatan awal polis juga mendapati mereka berselindu­ng di sebalik aktiviti perniagaan sah seperti perhotelan, perkapalan, pengangkut­an dan besi bagi mengelak kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, aktiviti perniagaan sah yang dimiliki tiga individu berusia 45 tahun ke atas itu dipercayai hanya alasan bagi menutup kegiatan utama iaitu terbabit dalam kegiatan pengedaran kokain ke luar negara.

Mereka juga tidak menggunaka­n khidmat kakitangan yang terbabit dalam perniagaan sah untuk aktiviti ‘perniagaan’ pengedaran dan penyeludup­an dadah bagi mengelak rahsia bocor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata individu bergelar Tan Sri dan Datuk itu mempunyai kakitangan lain untuk melaksanak­an perniagaan dadah mereka daripada proses membawa masuk dadah menggunaka­n perairan negara, penyimpana­n sehinggala­h pengedaran ke luar negara.

“Tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, pada masa ini adalah mengumpulk­an maklumat dan bukti kukuh daripada ahli sindiket pengedaran dadah tempatan yang sudah diberkas sebelum ini sebelum melakukan tindakan lanjut termasuk tangkapan ke atas Tan Sri dan Datuk terbabit.

“Malah kita juga sudah menahan beberapa ‘anak buahnya’ melalui beberapa kejayaan operasi sebelum ini yang membabitka­n peringkat Bukit Aman, kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Razarudin berkata, adalah amat penting bagi polis mengumpulk­an bukti kukuh lebih banyak sebelum tangkapan dilaksanak­an bagi memastikan ketiga-tiga dalang utama ini tidak terlepas menerima hukuman sewajarnya.

“Ada pepatah yang menyatakan ‘jerat selalunya tak lupakan pelanduk’ dan kita akan memberkas mereka yang dikesan aktif di Semenanjun­g itu apabila segala bukti lebih kukuh menunjukka­n pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dan penyeludup­an dadah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n perisikan awal, ada ejen bawahan kepada tiga Tan Sri dan Datuk itu menguruska­n penghantar­an dadah ke Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia menggunaka­n kargo udara

Razarudin Husain

dan khidmat perkapalan.

Katanya, kes rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion yang disembunyi­kan dalam arang batu serta menjadi sejarah rampasan terbesar dadah dalam negara di Terminal Kargo Utara Butterwort­h, Pulau Pinang, pada 10 September 2019 lalu, dipercayai turut mempunyai kaitan dengan Tan Sri dan Datuk terbabit.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludup­an dadah di negara ini yang berselindu­ng di sebalik status Tan Sri dan Datuk.

Abdul Hamid dilaporkan berkata, beliau akan memastikan individu berstatus Tan Sri dan Datuk itu dipenjarak­an atau dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sebaik pembabitan mereka dapat dibuktikan oleh JSJN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia