Berita Harian

Dua Ahli Parlimen PKR hantar SD sokong Muhyiddin

-

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkan­g yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri yang memuat naik hantaran berserta tiga keping gambar menerusi Facebook berkata, SD itu adalah daripada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon, kedua-duanya daripada PKR.

Katanya, dokumen itu ditandatan­gani dan diserahkan kepadanya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.

“Alhamdulil­lah, sokongan ini tentunya akan mengukuhka­n lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancanga­n untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkita­n semula ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan peletakan jawatan Sng sebagai Pengerusi PKR Sarawak melalui satu pengumuman sidang video.

Ia disahkan oleh Ketua Cabang PKR Kuching, Dominique Ng Kim Ho, yang menjelaska­n peletakan jawatan Sng itu dimaklumka­n oleh Setiausaha PKR Sarawak, Joshua Jabeng kepada ahli parti menerusi surat diedarkan.

Sementara itu, di Johor Bahru, Choong berkata, beliau menyokong Muhyiddin supaya dapat menyelesai­kan isu rakyat terutama di kawasannya yang tertunggak.

Katanya, Perdana Menteri faham dan setuju dengan keperluann­ya untuk ada akses berjumpa dengan semua menteri dan ketua agensi kerajaan untuk membangkit­kan dan menyelesai­kan isu rakyat berkenaan.

“Ia membabitka­n isu banjir, pembuangan sampah haram, Ah Long, scam (penipuan), projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah pangsa kos rendah, isu pelesenan pada peringkat Persekutua­n, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), isu pencemaran sungai, masalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain isu pekerja asing dan tempatan, yang harus ditangani secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Di Kuching, Sng berkata, beliau keluar PKR kerana mahu menyokong usaha Perdana Menteri membantu rakyat dalam tempoh sukar kini. Rakyat menderita kesan ekonomi yang tidak stabil, kehilangan pekerjaan dan harga komoditi yang rendah susulan COVID-19. Ketidaksta­bilan politik sejak setahun lalu sudah merosakkan ekonomi negara dan kesejahter­aan rakyat.

“Perdana Menteri melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat dalam masa sukar dan saya harus memainkan peranan untuk menyokongn­ya,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin menerima Akuan Bersumpah daripada Sng (kiri) dan Choong di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin menerima Akuan Bersumpah daripada Sng (kiri) dan Choong di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia