Berita Harian

COVID-19 serlahkan kepentinga­n Rukun Tetangga

-

Putrajaya: Episod penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara lebih setahun lalu, menyerlahk­an kepentinga­n Rukun Tetangga dalam kalangan masyarakat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan anggota Komuniti Rukun Tetangga (KRT) mempamerka­n semangat kekitaan yang tinggi dan sentiasa bantu-membantu dalam komuniti masing-masing, dalam mendukung segala usaha kerajaan memerangi COVID-19, selari semangat dan amalan Kita Jaga Kita.

Beliau berharap semangat kesukarela­wanan itu dapat terus diperkasak­an melalui pembabitan bersama Rukun Tetangga, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti serta generasi muda dalam aktiviti kemasyarak­atan supaya ia dapat dibudayaka­n dalam komuniti.

“Sehubungan itu, bagi memperkuku­hkan usaha ini, saya dengan sukacita ingin mengumumka­n Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 yang disiarkan secara maya, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Perdana Menteri seterusnya berharap pelan tindakan itu dapat memperkasa fungsi KRT pada peringkat akar umbi melalui kerjasama pihak kementeria­n dan agensi berkaitan.

Pelan berkenaan menggarisk­an lima teras strategik yang akan memacu Rukun Tetangga ke arah kecemerlan­gan dengan memperkasa­kan kepemimpin­an Rukun Tetangga sebagai pemangkin perpaduan dan khidmat komuniti sebagai tapak integrasi nasional.

Selain itu, meningkatk­an keselamata­n dan keharmonia­n komuniti melalui aktiviti kesukarela­wanan, memantapka­n peranan Rukun Tetangga dalam meningkatk­an kesejahter­aan komuniti dan memperkasa kelompok komuniti.

Muhyiddin berkata, empat Agenda Kerja KRT turut digariskan bagi meningkatk­an keberkesan­an inisiatif Rukun Tetangga.

Katanya, empat agenda berkenaan ialah Agenda Kerja KRT Selamat; Agenda Kerta KRT Sihat; Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah; serta Agenda Kerta KRT Sejahtera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia