Berita Harian

2,437 kes baharu dilapor

-

Putrajaya: Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 300,000 apabila 2,437 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambaha­n jangkitan baharu itu menjadikan angka keseluruha­n mencecah 300,752 dengan 26,205 kes aktif.

Selain itu, katanya, sembilan kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan semalam, membabitka­n pesakit berusia antara 57 hingga 102 tahun.

Korban baharu terbabit meliputi lapan rakyat tempatan dan seorang bukan warganegar­a, menjadikan jumlah kumulatifn­ya mencecah 1,130 kes (0.38 peratus).

Beliau berkata, tiga kematian itu dilaporkan di Selangor, Sarawak (dua) dan masing-masing satu kes di Melaka, Kelantan, Perak serta Johor.

“Sebanyak 2,435 jangkitan baharu adalah penularan tempatan membabitka­n 1,226 rakyat Malaysia dan baki 1,209 lagi warga asing.

“Dua lagi kes baharu mendapat jangkitan di luar negara membabitka­n masing-masing seorang rakyat negara ini dan bukan warganegar­a.

“Selangor mencatat angka jangkitan baharu tertinggi dengan 914 kes, diikuti Johor (340) dan Kuala Lumpur (337),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham memaklumka­n, sembilan lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti semuanya berkaitan tempat kerja.

Empat daripadany­a dikesan di Johor, iaitu Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, Kluster Jalan Desa Tropika dan Kluster Batu Empat.

Tiga lagi adalah di Selangor, iaitu Kluster Perusahaan Jalan

Bukit, Kluster Industri Waja dan Kluster Jalan Selisik.

Selain itu, masing-masing satu kluster di Kuala Lumpur (Kluster Tapak Bina Bukit Kiara) serta Pulau Pinang (Kluster Jalan Sungai Baong).

“Kluster merekodkan angka kes baharu tertinggi ialah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180) dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166).

“Tiga kluster pula ditamatkan, hari ini (semalam), iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Sri Plentong,” katanya.

Dalam pada itu, 202 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 93 memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 3,251 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 273,417 kes (90.91 peratus), setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia