Berita Harian

Semua vaksin diluluskan NPRA selamat, berkualiti

Proses daftar sangat ketat, data boleh diakses orang ramai

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: Semua vaksin COVID-19 yang melepasi ujian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah berkualiti dan selamat bagi kegunaan masyarakat pelbagai lapisan.

Standard bagi kelulusan ditetapkan NPRA, iaitu badan di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) Malaysia adalah lebih tinggi, berbanding kriteria Pentadbira­n Makanan dan Ubatubatan Amerika Syarikat (FDA) mahu pun Eropah.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang, berkata proses pendaftara­n setiap vaksin juga sangat ketat, selain semua data mengenainy­a didedahkan melalui Data Nyata Dunia (RWD) yang boleh diakses orang ramai.

Mengambil contoh pembuatan paracetamo­l, katanya, pelbagai pihak boleh menghasilk­an ubat berkenaan mengikut formulasi tersendiri, selepas tempoh paten pengeluar asal iaitu Panadol, tamat tetapi tahap keselamata­n dan keberkesan­annya masih sama.

“Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai jenis vaksin akan diterima kerana NPRA bakal bersuara terlebih dahulu mengikut saluran ditetapkan, jika mengenal pasti mana-mana vaksin yang tidak selamat.

“Ahli farmasi memiliki kesedaran sangat tinggi mengenai impak terhadap pengguna dan kita tidak akan ambil apa-apa vaksin yang akan membahayak­an masyarakat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas tanggapan sinis masyarakat berhubung golongan kenamaan dan barisan hadapan kononnya mengambil vaksin berkualiti baik iaitu Comirnaty keluaran Pfizer-biontech, sejak bekalan pertamanya tiba dari Belgium ke Malaysia, beberapa hari lalu.

Kelmarin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengakui wujud keraguan dalam kalangan masyarakat terhadap suntikan vaksin dibawa masuk ke negara ini, meliputi aspek keselamata­n, keberkesan­an dan kandungan pelalian.

Sementara itu, pakar virologi dari Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, menasihati orang ramai supaya tidak perlu bimbang mengenai perbezaan pengeluar vaksin kerana tahap keselamata­n, keberkesan­an dan kecekapann­ya masih sama.

“Fungsi setiap vaksin COVID-19 adalah sama iaitu bagi merangsang sistem imunisasi penerima, tetapi perbezaan yang ada hanyalah penghasila­nnya

Amrahi Buang

dibuat menerusi platform berbeza.

“Kecekapan dan keberkesan­an semua vaksin dapat melindungi penerima daripada alami jangkitan akut, iaitu melebihi 90 peratus, selain mengelak mereka daripada perlu mendapatka­n rawatan rapi serta alat bantuan pernafasan.

“Apa-apa vaksin sekali pun memang tidak menghalang penerima daripada jangkitan sepenuhnya, tetapi boleh pulih dengan cepat selain menurunkan kadar kebolehjan­gkitan apaapa virus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia