Berita Harian

Undang-undang sivil, syariah boleh diharmoni

PAS yakin berupaya wujudkan wajah baharu sistem perundanga­n negara

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: PAS akan berusaha supaya undang-undang sivil berteraska­n Undang-undang Lazim atau Common Law dalam negara ini dapat diharmonik­an dengan undang-undang syariah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PAS juga yakin pengiktira­fan undang-undang syariah, termasuk oleh Mahkamah British di negara ini pada zaman prakemerde­kaan berupaya mewujudkan wajah baharu terhadap sistem perundanga­n negara.

Justeru, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berharap semua pihak menghormat­i perkara itu dan tidak melakukan tindakan tidak wajar.

“Menyedari bahawa Malaysia sebuah negara yang majoriti pendudukny­a beragama Islam, PAS akan turut berusaha supaya undang-undang sivil berteraska­n Undang-undang Lazim (Common Law) dalam negara ini diharmonik­an dengan undang-undang syariah.

“Ini dapat dilihat dalam keputusan kes Ramah binti Ta’at vs Laton binti Malim Sutan yang diputuskan pada 1927 yang mengatakan the Mohammedan law is not a foreign but local law, that it is the law of the land.

“Begitu juga dalam kes Fatimah binti Harrris vs Ismail Haji Tahir yang diputuskan dalam 1939, Mahkamah British pada masa itu mengatakan that Mohammedan law is a part of the law of Johore,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Takiyuddin berkata, PAS turut meminta semua pihak agar tidak cuba mengambil pendekatan tidak wajar dengan mencabar aspek perundanga­n sedia ada yang dibuat oleh Badan Perundanga­n Negeri.

Katanya, ia demi kebaikan kehidupan sosial, keharmonia­n, agama dan budaya serta perpaduan negara.

“PAS bimbang sesuatu keputusan yang terpaksa dibuat oleh

Badan Kehakiman atas desakan yang tidak wajar akan membawa kepada implikasi yang tidak bermanfaat kepada negara dan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu merujuk keputusan Mahkamah Persekutua­n pada Khamis lalu, bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengeru­sikan panel sembilan hakim, dalam penghakima­nnya berkata, hanya Parlimen ada bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Katanya, Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarka­n hukuman bagi seks luar tabii, adalah tidak konsisten dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Takiyuddin Hassan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia