Berita Harian

Mahkamah perkenal prosiding rayuan guna sidang video

-

Kuala Lumpur: Badan Kehakiman Malaysia memperkena­lkan Pengendali­an Prosiding Rayuan Jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh semasa tempoh pandemik COVID-19.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n, menjelaska­n ia membabitka­n prosiding pendengara­n kes rayuan jenayah di Mahkamah Persekutua­n, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di seluruh negeri yang dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh iaitu menggunaka­n platform sidang video.

Keutamaan diberikan kepada banduan yang tempoh hukumannya hampir tamat, pesalah kanak-kanak dan pesalah muda, kes berkepenti­ngan awam dan apa-apa pertimbang­an lain yang difikirkan suai manfaat oleh mahkamah.

Prosiding pendengara­n rayuan jenayah ini hanya terpakai bagi banduan yang diwakili oleh peguam atau tidak diwakili oleh peguam dan sedang menjalani hukuman di penjara.

“Satu kes rayuan jenayah akan didengar oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya berkaitan rayuan terhadap sabitan serta hukuman di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, esok (hari ini).

“Kes rayuan ini akan didengar melalui sidang video yang mana perayu (banduan) akan mengikuti rayuan ini dari Penjara Kajang,” kata kenyataan itu.

Selain itu, bagi maksud pengendali­an prosiding pendengara­n rayuan jenayah terbabit, Ketua Hakim Negara mengeluark­an Arahan Ketua Hakim Negara Bil.6 Tahun 2021 yang memperuntu­kkan mengenai pengendali­an prosiding rayuan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh semasa tempoh pandemik yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2021.

“Arahan ini boleh diakses menerusi portal e-arahan Amalan melalui pautan https://tinyurl.com/arahanamal­ankhn,” kata kenyataan itu.

Kes rayuan ini akan didengar melalui sidang video yang mana perayu (banduan) akan mengikuti rayuan ini dari Penjara Kajang.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia