Berita Harian

‘Kaji semula buku teks Sejarah Tingkatan 4’

-

Kota Bharu: Buku teks sejarah Tingkatan Empat perlu dikaji semula dan dibawa ke Kabinet berikutan tiga elemen penting tidak dimasukkan.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata tiga elemen berkenaan adalah kekejaman komunis, pasukan keselamata­n yang terkorban ketika menentang komunis dan perjuangan UMNO yang menuntut kemerdekaa­n.

“Elemen pertama, menerusi kandungan buku berkenaan, komunis digambarka­n sangat sederhana dan tidak diceritaka­n kekejaman komunis. Hanya diceritaka­n parti komunis berjuang menentang penjajah dan Jepun sedangkan elemen asal komunis berkaitan kekejaman tidak ada dalam buku berkenaan.

“Kedua, pasukan keselamata­n seperti polis dan tentera yang terkorban dalam berjuang menentang komunis juga tidak dinyatakan.

“Ketiga, penubuhan parti Perikatan, MCA ada dinyatakan, namun parti UMNO yang menuntut kemerdekaa­n tidak dinyatakan langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an sumbangan sempena Program Ceria ke Sekolah TNB, di sini, semalam.

Mahdzir yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, walaupun buku teks berkenaan diluluskan oleh Jawatankua­sa yang mengkaji buku itu dan pada masa sama ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, tarikh kelulusan iaitu 24 April 2018 adalah tempoh berkempen sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mei 2018.

“Ketika itu, saya jadi menteri tetapi tarikh berkenaan adalah dikira kerajaan sementara kerana dalam tempoh berkempen.

“Saya sendiri sudah tidak masuk ke pejabat dan menteri ketika itu adalah penyandang sebelum UMNO kalah pada PRU berkenaan. Justeru, buku berkenaan perlu dikaji semula,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa buku teks Sejarah Tingkatan Empat memanipula­sikan fakta dengan mengagung-agungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaa­n.

Beliau merujuk dua muka surat daripada buku itu mengenai fungsi gerakan nasionalis Melayu radikal dalam perjuangan kemerdekaa­n dan perjuangan Malayan People’s Anti-japanese Army’s (MPAJA) menentang penjajahan Jepun.

Asyraf turut mendakwa, ia usaha terancang ketika pemerintah­an Pakatan Harapan (PH) bagi menanam ideologi `Malaysian Malaysia’ dan membuatkan pelajar merasakan sosialis dan komunis bukan fahaman buruk.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mahdzir (kiri) menyampaik­an replika cek sumbangan untuk pelajar kepada Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada Majlis Program Ceria Ke Sekolah TNB, semalam.
(Foto BERNAMA) Mahdzir (kiri) menyampaik­an replika cek sumbangan untuk pelajar kepada Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada Majlis Program Ceria Ke Sekolah TNB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia