Berita Harian

Kebolehan graduan farmasi UITM penuhi pasaran

Kombinasi fasiliti terbaik, staf sokongan berkemahir­an pacu kecemerlan­gan

-

Shah Alam: Bermula dengan hanya 29 pelajar pada 2001, Fakulti Farmasi Universiti Teknologi MARA (UITM) kini sudah melahirkan 3,712 graduan dengan enrolmen purata tahunan seramai 180 pelajar.

Dekan Fakulti Farmasi, Prof Madya Dr Shariza Sahudin, berkata fakulti diterajui 80 staf akademik, termasuk sembilan daripadany­a pensyarah dari luar negara yang berpengala­man luas dan pakar dalam pelbagai bidang seperti farmasi klinikal dan regulatori.

“Melalui inisiatif Internatio­nal Research Network Initiative (IRNI), fakulti telah menganjurk­an program peringkat antarabang­sa yang disertai oleh 140 penyelidik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Ia bertujuan membentuk persekitar­an penyelidik­an dengan perkongsia­n profil penyelidik­an bersama universiti ASEAN,” katanya.

Beliau menambah, fakulti juga mempunyai fasiliti lengkap untuk pelajar menerima latihan praktikal secara langsung dibangunka­n mengikut standard Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Bahagian Perkhidmat­an Farmasi.

Justeru, ia membolehka­n pelajar memperoleh simulasi dan praktis farmasi yang tepat.

“Umpamanya, fasiliti seperti unit aseptik yang digunakan untuk pemantapan kompetensi pelajar melalui program latihan pengendali­an Cytotoxic Drug Reconstitu­ition dan Parenteral Nutrition, makmal simulasi klinikal, makmal pendispens­an ubat, pusat maklumat ubat-ubatan dan farmasi komuniti,” kata Shariza.

Katanya, fakulti turut mempunyai fasiliti farmasi komuniti melalui kolaborasi bersama Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) di bawah program Jalinan Universiti dan Industri (CCM-JATI) yang menyediaka­n ruang latihan untuk pelajar mendapat pengalaman dan menjana kreativiti untuk meningkatk­an kualiti farmaseuti­kal serta keusahawan­an.

Fasiliti bagi Unit Analitikal telah mendapat akreditasi dan pengiktira­fan seperti sijil ISO/IEC 17025:2017 juga fasiliti dan kemudahan terkini seperti makmal haiwan, Laboratory Animal Facility and Management (LAFAM) yang turut disokong oleh staf makmal yang mahir dan terlatih bagi mengawal selia serta memastikan kualiti pada tahap tertinggi.

Keberhasil­an kombinasi kepakaran, fasiliti terbaik serta staf sokongan yang mahir amat penting untuk membuahkan hasil dengan pencapaian dan kecemerlan­gan pelajar.

“Terkini, pelajar fakulti, Muhammad Suhaimi Samsuddin memenangi anugerah berprestij, Anugerah Pingat Emas pada persidanga­n Mps-duopharma Biotech 2019,” kata Shariza.

Lebih membanggak­an, graduan Fakulti Farmasi mencatatka­n kebolehpas­aran 95 peratus apabila hampir setiap graduan terjamin pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta.

“Graduan fakulti tidak menghadapi masalah untuk memasuki industri farmasi sama ada sebagai pekerja mahupun menjana pendapatan sendiri dengan membuka kedai farmasi kerana keyakinan mereka yang tinggi untuk berdikari,” katanya.

Kini, Fakulti Farmasi menawarkan tiga peringkat pengajian utama iaitu peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswa­zah.

Bagi program kepakaran, fakulti menawarkan tujuh program iaitu farmasi klinikal, amalan farmasi, infomatik molekul, farmaseuti­k, farmakolog­i, farmaseuti­kal kimia dan sains hayat.

Fakulti juga mempunyai fasiliti lengkap untuk pelajar menerima latihan praktikal secara langsung.

Dekan Fakulti Farmasi UITM

 ??  ?? Dr Shariza Sahudin,
Dr Shariza Sahudin,
 ??  ??
 ??  ?? Fakulti turut memiliki fasiliti farmasi komuniti melalui kolaborasi bersama Chemical Company of Malaysia Berhad.
Fakulti turut memiliki fasiliti farmasi komuniti melalui kolaborasi bersama Chemical Company of Malaysia Berhad.
 ??  ?? Fasiliti yang lengkap di Fakulti Farmasi UITM membolehka­n pelajar memperoleh simulasi dan praktis farmasi yang tepat.
Fasiliti yang lengkap di Fakulti Farmasi UITM membolehka­n pelajar memperoleh simulasi dan praktis farmasi yang tepat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia