Berita Harian

TDM komited perkukuh pasukan

Pelbagai pelan dirancang capai tahap kesiagaan tertinggi demi kedaulatan negara

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tentera Darat Malaysia (TDM) terus melonjak sebagai sebuah ketumbukan moden yang mampu menghadapi sebarang ancaman dalam pelbagai dimensi, sepanjang 88 tahun penubuhann­ya.

Bermula daripada Perang Dunia Kedua, isu konfrontas­i, darurat, menangani ancaman komunis sehingga insiden penceroboh­an di Lahad Datu, Sabah, semua itu mendewasak­an TDM selepas satu demi satu kejayaan dilakar dalam lipatan sejarah kegemilang­an negara.

Khidmat TDM juga kekal relevan dalam pelbagai misi keamanan dunia sama ada di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahupun misi kemanusiaa­n lain seperti penugasan di Lubnan, Namibia, Somalia, Kemboja, Bosnia Herzegovin­a, Timor Leste, Afghanista­n dan mengetuai Internatio­nal Monitoring Team (IMT) di Mindanao, Filipina.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, berkata TDM berjaya mengharung­i pelbagai cabaran bagi mencapai tahap kesiagaan tertinggi di dalam menjaga kepentinga­n dan mempertaha­nkan kedaulatan negara, sekali gus memastikan pasukan itu terus menjadi sebuah ketumbukan yang kredibel dan kekal relevan.

“TDM sedang membangunk­an Pelan Pembanguna­n Keupayaan Strategik atau Army For The Next Generation (Army 4Nextg), pelan dinamik dan memberi tumpuan pembanguna­n menyeluruh merangkumi Pasukan Tempur, Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat.

“Army 4Nextg dirangka khusus bagi memenuhi keperluan generasi TDM akan datang dengan mengambil kira pelbagai spektrum peperangan, persekitar­an geostrateg­ik yang tidak menentu serta perkembang­an pesat teknologi pertahanan pada masa hadapan.

Malah, TDM juga akan menggerakk­an satu pertiga daripada keseluruha­n kekuatan 80,000 pegawai dan anggota ke Sabah dan Sarawak untuk meningkatk­an lagi keupayaan pertahanan di sana,” katanya pada Wawancara Khas, Panglima Tentera Darat, sempena Hari Tentera Darat Ke-88, di sini, baru-baru ini.

Bagi tahun ini, Zamrose berkata, TDM akan menumpukan aspek gerakan, tadbir dan logistik supaya misi serta visi pasukan dapat dilaksana lebih berkesan seperti meneruskan usaha memperoleh aset strategik dan memperleng­kapkan keperluan tempur serta peralatan persendiri­an.

“Ini bermakna TDM sudah berjaya meneruskan kesinambun­gan dalam merealisas­ikan penstruktu­ran semula pasukan ini secara holistik bagi meningkatk­an keupayaan aset serta sumber manusia di Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat di Sabah dan Sarawak, sekali gus meningkatk­an keupayaan TDM, termasuk perolehan Kereta Perisai 8X8 Gempita dan tambahan unit Meriam 105mm.

“TDM juga komited merealisas­ikan Strategi Ketenteraa­n Negara (SKN 2.0) dan Dimensi Keempat Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF) sebagai satu daripada inisiatif memperkuku­hkan pasukan dalam melaksanak­an misi yang ditetapkan,” katanya.

Zamrose berkata, tiga prinsip dan lima tonggak (3P+5T) juga sedang dilaksanak­an bagi menentukan kejayaan TDM dalam melaksanak­an operasi ketenteraa­n mahupun misi bantuan kemanusiaa­n

Lima tonggak itu, katanya, adalah kelangsung­an misi dan kesiagaan, keutuhan organisasi, pelestaria­n kesejahter­aan warga, pengukuhan hubungan pertahanan dan peningkata­n hubungan TDM dengan awam akan menjadi panduan utama.

Zamrose berkata, cabaran seterusnya adalah berkaitan dengan adaptasi anggota tentera dalam persekitar­an yang kompleks dan sangat mencabar.

Beliau berkata, pihaknya turut terbabit secara langsung dalam mengawal penularan COVID-19 melalui Op Benteng melalui kerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam Op Penawar.

“Kita sentiasa komited dan bersiap sedia dalam memberi bantuan semasa Op Murni, termasuk menyelamat mangsa banjir dan pemasangan jambatan sementara pada awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian ketiga adalah pemelihara­an moral warga TDM melalui inisiatif kebajikan yang dilaksanak­an selain memperbaik­i sistem laluan kerjaya pegawai dan anggota TDM.

Zamrose Mohd Zain

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia