Berita Harian

‘Jangan bimbang, takut terima suntikan vaksin’

- Rindu bersemuka dengan rakyat

S: Mengenai hal ehwal hubungan antarabang­sa, Tan Sri hanya berpeluang bertemu Presiden Indonesia secara bersemuka sedangkan pemimpin ASEAN dan negara lain hanya secara maya. Adakah kekangan mengadakan lawatan kerja rasmi menjadi penghalang dalam usaha meningkatk­an hubungan antarabang­sa? J: Ya, dari satu sudut, betul. Kita bincang tadi, di seluruh dunia pemimpin negara lain pun tidak pergi melawat ke sana ke mari, bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi mereka tidak dibenarkan. Persidanga­n yang kita pengerusik­an, Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kita buat secara maya, ASEAN peringkat menteri begitu juga kerana masalah COVID-19, tetapi itu tidak bermakna kita abaikan isu hubungan dengan negara lain.

Bagi saya, ia antara perkara yang utama, hubungan luar dengan negara sahabat, kita mengamalka­n dasar berbaik dengan semua negara kecuali sebuah negara itu. Umumnya begitu kerana ini dasar Malaysia sejak dulu, saya pertahanka­n, tetapi soal dasar tadi tidak cukup, hasil dasar tadi mesti memberikan keuntungan kepada kita, jadi kalau begitu, mesti ada hubungan yang akrab. Sebab itu saya memilih Indonesia, dalam keadaan yang tidak menentu, hendak pergi atau tidak, akhirnya pergi juga. Pak Jokowi (Presiden Indonesia, Joko Widodo) kata ‘sila pak, orang Indonesia di Jakarta sedang menunggu’. Saya pergi, Alhamdulil­lah.

Jangkaan pada Mac ini, saya akan pergi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, selepas itu China. Ada kita rancang kerana bagi saya, hubungan yang sudah terjalin selama ini, kita perlu perkukuhka­n. Seperti di indonesia hari itu, saya usul dan Pak Jokowi segera terima cepat, kita tingkatkan hubungan Indonesia ke satu taraf yang dipanggil Rakan Kerjasama Strategik Menyeluruh, ia bukan biasa. Ini kerana saya fikir Indonesia akan bangkit sebagai kuasa besar, selain dilihat yang berlaku di China.

Ada faedah dari segi perdaganga­n, pelaburan, pendidikan, budaya, seni dan sebagainya. Jadi sebab itu, saya kalau boleh, hubungan dengan semua negara ASEAN dan jiran terdekat menjadi keutamaan. Kita pilih selepas ini nak ke mana? Brunei, Jepun, Korea Selatan.

Semua negara ini kita ada hubungan, ada perjanjian, baik pelaburan, pendidikan, pertahanan, tetapi disebabkan COVID-19, ia terjejas sedikit. Namun, bukan bermakna kita tidak berikan perhatian. Macam dalam ASEAN, saya cadangkan dulu dan diterima dalam kalangan negara ASEAN (untuk) melihat bagaimana hendak bantu negara ASEAN mengatasi masalah COVID-19. Mungkin perlu ada satu langkah yang agak jelas ke hadapan bagi membantu (pemulihan) pasca pandemik, merintis pemulihan pada kadar segera, itu satu contoh.

Alhamdulil­lah, seperti pada sidang APEC, kita berjaya uruskan (penganjura­n). Saya berinterak­si secara maya dengan semua pemimpin dunia, negara ASEAN begitu juga. Saya lebih seronok kalau dapat hubungan peribadi, dengan cara lawatan fizikal sambil makan, bercerita, tetapi itu tidak boleh. Sebab itu pelaksanaa­n suntikan vaksin penting. Bukan saya saja hendak ke luar negara, peniaga dan orang lain juga. Apabila ada vaksin, kita rasa lebih selamat. Mungkin ini akan membuka pintu sempadan negara kita dan hubungan dengan negara lain juga akan lebih akrab lagi.

Ketibaan vaksin Pfizer

S: Banyak isu antarabang­sa dilihat seperti terlepas pandang. Adakah kerajaan akan memberi lebih tumpuan kepada isu sedemikian selepas ini? J: Bukan terlepas pandang, tetapi disebabkan keadaan dan persekitar­an semasa, tetapi Kementeria­n Luar sebagai agensi utama yang merintis soal hubungan antara negara berjalan dengan biasa. Menteri (Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein) pun berhubung secara maya, menerusi telefon. Saya dapat laporan ia berlaku secara berkala. Kalau ada isu tertentu, Malaysia tidak terkecuali.

Isu Myanmar sekarang, kita bicarakan soal itu atau soal di Asia Barat, kita tahu apa yang berlaku dan kita ada pendirian negara berhubung isu tertentu sejak dulu. Walaupun ini pentadbira­n baharu, kalau dasar itu baik untuk negara, saya kekalkan, tidak diubah, tetapi penting untuk ditingkatk­an. Macam perkara yang saya hendak beri perhatian selain ASEAN, antara dasar utama ialah hubungan Malaysia dengan negara Islam kerana orang iktiraf kita sebagai negara Islam terkemuka.

Bukan pasal Islam saja, tetapi ada faedah yang lain juga. Bagi saya, ini ruang besar kerana Malaysia sudah tercatat sebagai negara yang agak maju dalam beberapa bidang, termasuk teknologi. Kita mahu pengalaman Malaysia (dalam teknologi) dapat dikongsi bersama atau mengenai ekonomi, perdaganga­n, pelaburan, pendidikan.

Ini saya lihat dalam tempoh beberapa tahun lalu, bukan sewaktu pentadbira­n saya, agak tidak diberikan tekanan, maka ia perlu dilihat semula untuk ditingkatk­an lagi atau dengan negara selatan (negara dunia ketiga). Biasanya orang lain, kalau negara itu miskin, dia kata biarlah, tetapi antara negara itu ialah negara Islam.

China ialah rakan dagang terbesar, ini tidak boleh main-main. Kalau kita tiada hubungan akrab dengan mereka dalam segenap bentuk, ini akan merugikan Malaysia. Justeru saya beri cadangan untuk melawat China, berjumpa Presiden Xi Jinping, berbincang banyak agenda yang sudah diputuskan pada masa lalu dan hendak lihat bagaimana Malaysia-china mampu bekerjasam­a.

China sudah bertapak di sini pun, terbabit dalam infrastruk­tur, pengangkut­an dan saya dengar ramai lagi berminat hendak datang melabur di Malaysia. Mereka mempunyai sumber dana yang cukup besar, menjangkau trilion dolar Amerika Syarikat (AS). Soal dasar luar negara ini bukan sekadar hendak mewujudkan keamanan, perdamaian dunia saja yang memang penting, tetapi hasil hubungan itu mesti ada faedah bersama, lebih kepada Malaysia. Umpamanya, kita tengok perangkaan perdaganga­n kita, defisit. Mereka lebih banyak berdagang dengan kita berbanding sebaliknya, maka kita kena tengok untuk betulkan semula.

Begitu juga mengenai ketidaksei­mbangan dari segi data pelaburan. Kenapa orang tidak datang melabur di sini, tetapi di tempat lain? Itu kita kena tengok. Ini saya sudah bincang dengan Datuk Azmin (Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali). Kita kenal pasti perincian bidang yang boleh kita berikan perhatian supaya hasil hubungan luar negara itu, selain menjamin kesejahter­aan, keamanan serantau, turut memberi kesan positif kepada pembanguna­n negara. Itu penting.

S: Berbalik kepada situasi semasa COVID-19. Adakah Tan Sri merindui suasana bersemuka dengan rakyat?

J: Ya. Saya hendak balik kawasan saya di (Parlimen) Pagoh, pegawai saya kata boleh balik, tetapi Tan Sri hendak pergi mana? Saya kata, saya hendak jumpa rakyat, (pegawai jawab) “PKP Tan Sri”. Oh ya juga, tetapi takkan saya hendak jumpa rakyat secara maya saja? Rakyat kita maya pun pandai juga, tetapi kesannya tidak sama, kita perlu jumpa mereka, kita sudah kenal.

Sebab itu kita beri perhatian untuk cari jalan cepat supaya COVID-19 dapat diatasi, mungkin seluruh negara beralih kepada PKP Pemulihan (PKPP) dan akhirnya langsung tiada PKP, tetapi kita terus amalkan SOP sehingga dimaklumka­n oleh pakar imunologi dan KKM, Malaysia sekarang bebas daripada COVID-19. Kita boleh hidup seperti biasa, hendak bersalam boleh, berpeluk boleh, sebagai contohlah.

Itu yang kita harapkan. Sebab itu pelan yang kita laksanakan sekarang amat penting, justeru mesyuarat pun mudah. Saya dimaklumka­n, mesyuarat Kabinet pun tidak selamat pakai (aplikasi) Zoom, sebab ada kebocoran atau hendak guna teknologi lain. Maka kita perlu adakan mesyuarat seperti biasa secara fizikal, tetapi pindah ke bilik yang ada ruang lebih luas bagi menjamin aspek penjarakan fizikal. Saya tidak mahu situasi ini berpanjang­an selamanya dan rakyat juga mempunyai pendirian sama untuk balik ke kehidupan biasa, boleh makan, menjalanka­n perniagaan, bersukan, beriadah.

S: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menampakka­n kesungguha­n kerajaan PN untuk menjamin kesejahter­aan rakyat dan menempuh hari sukar akibat pandemik. Apa harapan Tan Sri daripada program ini?

J: Memang saya cukup harapkan kalau boleh semua yang patut dapat suntikan, menerima suntikan. Saya sudah maklumkan sebelum ini pun, tolonglah tampil ke depan, jangan bimbang, ragu atau takut. Daftar dalam Mysejahter­a

supaya semua rakyat kita mendapat vaksin. Kerajaan sudah buat keputusan untuk berikan vaksin secara percuma, malah kita sediakan kepada bukan warganegar­a secara percuma. Pasal apa? Kalau rakyat Malaysia saja dapat percuma dan disuntik vaksin, warga asing duduk bekerja di sini tidak disuntik, esok dia ada masalah, kita yang dijangkiti.

Jadi, harapan saya semua pihak mesti terbabit secara bersama dalam kempen untuk menjayakan program imunisasi. Sasaran kita, 80 peratus daripada rakyat di Malaysia, itu sebenarnya hampir 100 peratus daripada mereka yang patut diberikan vaksin. Untuk mencapai imuniti kelompok, saya dimaklumka­n ia harus mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus. Kalau ikut reaksi awal, tinjauan KKM, 67 peratus bersetuju mengambil vaksin.

Selepas vaksin pertama sampai, kadar keyakinan terhadap pelalian naik ke 80 peratus, justeru ia perkembang­an yang amat baik. Cuma, tempoh ini masih panjang, sampai awal tahun depan. Kalau semua berjalan mengikut jadual dan vaksin tiba bersandark­an masa tertentu, makin ramai akan dapat suntikan dan itu lebih baik bagi kita. Rancangan imunisasi ini sangat mustahak dan kempen terbesar di Malaysia, membabitka­n segenap lapisan masyarakat. Saya hendak ucap terima kasih kepada semua yang menjayakan usaha ini, ia kerja besar tetapi setakat ini agak baik.

S: Apa yang boleh dilakukan andainya tidak mendapat jumlah (sasaran rakyat) yang mencukupi untuk penerimaan vaksin?

J: Kita akui memang ada sedikit masalah sedemikian kerana dalam mana-mana masyarakat pun, pasti ada kumpulan tidak setuju, tetapi harapan saya, yang tidak bersetuju itu tidak besar sangat dan tidak terpengaru­h kempen antivaksin menerusi pelbagai hebahan yang menimbulka­n ketakutan, kebimbanga­n, mati dan macam-macam cerita demi mengalih pandangan rakyat supaya tidak mengambil suntikan.

 ?? (Foto ihsan Maskargo) ?? pada 21 Februari lalu adalah kemuncak usaha kerajaan membendung wabak COVID-19.
(Foto ihsan Maskargo) pada 21 Februari lalu adalah kemuncak usaha kerajaan membendung wabak COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia